Wanita Kejar & Peluk Makcik Kerana Wajah Mirip Arwah Mak, Tak Sangka Begini Jadinya..

Pemergian orang yang kita sayangi sudah pasti memberi impak yang besar salam kehidupan seseorang apatah lagi perlu menanggung rindu yang sememangnya tidak berpenghujung.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu, pernah tular di media sosial dimana seorang waniga terlalu rindu akan ayahnya sehingga berdoa agar menemukan seseorang yang mirip dengan ayahnya di tanah suci.

Siapa sangka, doanya itu dimakbulkan dan dia sempat melepaskan rindu walau hanya seketika.

Terbaru, seorang wanita berkongsi kisah dimana dia bertemu dengan sebuah sosok yang mirip dengan arwah ibunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Lilymersing, dia tanpa memikirkan apa-apa dia terus bergegas tanpa memberitahu apa-apa dan salam serta memeluk mak cik tersebut.

Mak cik tersebut mungkin terkejut, dan wanita ini menerangkan kepada mak cik tersebut bahawa wajahnya mirip seperti arwah ibu beliau.

Selepas mendengar luahan itu, mak cik tersebut sekali lagi memeluknya malah kedua mereka tidak mampu untuk menahan sebak.


Mak cik ini memahaminya kerana perit kerinduan seorang anak apabila sudah kehilangan ibu dan rindu akan pelukan hangat syurga mereka.

“Dari pagi td,teringat kat arwah mak,tup2 ari ni terjumpa seorg makcik seiras dgn arwah mak” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut tersentuh melihat pertemuan mereka berdua sekaligus berdoa agar wanita tersebut terus kuat menjalani hari tanpa sosok seorang ibu.

“Suami saya pun tiba-tiba jumpa seorang mak cik yang seiras arwah mak dia, terus jadikan mak angkat. Saya pun syukur juga dapatlah lepas rindu kat arwah mak mertua”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dimana terserempak dengan individu yang mirip dengan arwah ibu dan bapa mereka.

Antara komen warga maya:

“Dengan saya sekali menangis.. rindu yang paling sakit..”

“Tiba-tiba mata masuk habuk..”


“Akak baru kehilangan ibu.. hanya Allah saja tahu sakitnya kehilangan seorang ibu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@lilymersingdari pagi td,teringat kat arwah mak,tup2 ari ni terjumpa seorg makcik seiras dgn arwah mak,Allah😭😭😭😭

♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO