Isu Budak Selamba Calarkan Kereta Orang, Nenek Tampil ‘Backup’ Minta Jangan Kecam Cucu

Tidak dinafikan, ada sesetengah kanak-kanak yang sedang melalui fasa rebel dan bila diselidik rupanya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mereka jadi begitu dan salah satu darinya datang dari masalah keluarga.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak selamba calarkan kereta orang lain di bawah kediaman flat telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wanabcvcll7, kelihatan gelagat seorang budak sedang dirakam oleh jirannya yang tinggal di kediaman tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila budak itu dilihat mencalarkan kereta orang-orang di situ. Bukan setakat itu, budak itu juga membuang penyepit baju jiran-jirannya. Apabila terkantoi, dia senyap dan terus masuk ke rumah.


Pun begitu, menurut satu sumber, neneknya tampil memohon maaf dan meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap cucunya itu malah turut mendedahkan masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan.

Neneknya memaklumkan cucunya mengalami masalah kesunyian dan tertekan dengan masalah keluarga mereka baru-baru ini.

“Kehidupannya tidak sama seperti kanak-kanak lain kerana sejak kecil bapanya sudah berpisah dengan ibunya dan terus terputus hubungan.”

“Namun sejak akhir tahun lalu saya mengalami darah tinggi selain sakit jantung, saya tidak mampu membawanya ke mana-mana,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan tindakan budak perempuan tersebut malah menyifatkan bahawa masalah yang dialami bukan ‘tiket’ untuk dia menjadi manusia yang tiada adab.

“Ya Allah, aku pulak yang terasa sakit dengan kesan goresan itu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ahli keluarga serta pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas kerana tindakannya itu nyata keterlaluan.

Netizen juga berpendapat jika keluarga tidak mampu untuk menasihatinya, jadi biarkan pihak berkuasa pula yang mengajarnya cara untuk menjadi manusia yang baik serta tidak biadab.

Antara komen wargamaya:

“Kena buat report polis.. biar polis yang nasihatkan dia”

“Sis, report polis aje.. biar polis tu jumpa parents dia.. biar dia serik.. kena tegas sis.. suara sis lembut sangat dia tak takut pun..”


“Owner kereta kena minta pampasan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@wanabcvcll7Kejadian di lot Kawasan Parking Kereta Blok 52 Taman Cendana Pasir Gudang. Kredit Persatuan Bangsa Johor♬ bunyi asal – TIKTOK KLUANG