“Dah teracun..” Sweet Qismina Selamba Join Suami Mancing, Siap Bawa Naik Ikan Seberat 10 Kg!

Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Oleh itu, sdah pasti mereka akan fokus kepada pemilihan lokasi yang bersesuaian.
Iospital phone repair gombak

Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.

Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untu menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat Sweet Qismina dan suaminya, Adam Lee ketika memancing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adamleeofficial, dia sempat merakam isterinya yang turut ‘join’ memancing dan membawa naik ikan yang beratnya mencecah 10 kg.

“Semalam punya cerita, bini aku tarik sendiri wei. 10kg mari,” ujar Adam Lee yang turut gembira dengan kejayaan isterinya itu.


Dapat kita lihat Sweet Qismina berusaha keras mengawal joran untuk membawa naik ikan berkenaan sambil dibantu oleh beberapa pemancing yang lain.

Tidak lama kemudian, giliran Adam Lee pula menunjuk ‘skill’ memancingnya tetapi rezeki tidak berpihak kepadanya apabila tali joran putus dan ikan melompat semula ke dalam kolam.

Walaupun akui lama ‘kumpau’ tetapi Adam Lee tetap berasa gembira dapat meluangkan masa bersama isteri tercinta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan Sweet Qismina yang dapat membawa naik ikan seberat 10 KG.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan Adam Lee beruntung kerana mempunyai isteri yang ‘sekepala’ bahkan boleh melakukan aktiviti memancing bersama-sama.

Antara komen wargamaya:

“untung betul dapat bini boleh mancing, kene bini aku asal ikan sangkut je die pi buang batangg mancing dalam kolam pening otak aku”


“Ini hobi ada jalan masuk tak ada jalan keluar”

“Dari sini boleh tau karakter seseorang, orang yang minat mancing ni penyabar orangnya.. macam mana dia boleh tunggu lama dapat ikan dengan penuh sabar”

Video yang tular di laman TikTok:

@adamleeofficial Simpan sini buat kenangan 🤍 @Sweet Qismina #fyp ♬ Happy lightly perky – SOUND BANK