Isu Aliff Aziz Ditahan Polis, Ini Kenyataan Ibunya

Sejak semalam kecoh satu video tular di media sosial mengenai pelakon kontroversi Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun, Aliff dipercayai sudah pun dibebaskan. Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di Instagram sebentar tadi memberitahu keadaan Aliff kini bertambah [...]

Semalam telah tular video di media sosial Facebook dan Twitter tentang selebriti Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura.

Walaubagaimanapun, Aliff dipercayai telah pun dibebaskan dari tahanan.

Di dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di Instagram sebentar tadi memberitahu keadaan Aliff kini bertambah baik.

Hafiza menjelaskan Aliff okey dan bertambah baik setelah bertemu anaknya malam tadi.

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.”

Hafiza turut menjelaskan apa yang terjadi terhadap anaknya itu ada sebab tertentu dan hanya Allah yang tahu.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu. Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Video yang dimuatnaik itu memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan turut kelihatan dalam video itu ialah bekas isterinya, Bella Astillah.

Semalam, tular dua video memaparkan pelakon itu ditahan polis di Singapura. Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergeluut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Bella Astillah mengenai isu ini.