[VIDEO] “Tolong abang..Ayah!” Aliff Aziz Ditahan Polis Singapura

Selebriti Aliff Aziz telah ditangkap semalam (10 Nov) kerana didakwa menggangu ketenteraman awam ketika dalam keadaan mabuuk.

Menurut laporan BERITAmediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 28 tahun ditangkap.

Polis menambah, lelaki iti didapati bergaduh dengan seorang lagi lelaki lain sekitar pukul 6.40 pagi tadi di kawasan Orchard Road.

Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, dia yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama.

Tindakannya itu memaksa polis menggari dan menahannya untuk siasatan.

“Dia kemudian ditangkap kerana menggangu ketenteraman awam apabila mabbuk, di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. Lelaki itu juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menangkapnya. Siasatan polis masih dijalankan,” menurut kenyataan polis.

Sebelum ini, telah tular di laman Twitter dan Facebook dua video yang menunjukkan Aliff Aziz bergelut dengan dua orang pegawai polis di kawasan Orchard Road.

Pada mulanya, Aliff dilihat bergelut dengan dua pegawai polis di persimpangan jalan Claymore Road dan kejadian itu disaksikan oleh orang ramai di dalam video pertama.

Namun Aliff berjaya meloloskan diri dari pegawai tersebut dan cuba melarikan diri. Bagaimanapun pegawai berkenaan berjaya mengejar dan menahannya sebelum mereka berdua terjatuh di tepi jalan.

Menerusi video kedua pula, Aliff dilihat masih bergelut dengan dua orang pegawai polis yang cuba untuk menggari tangannya.

Dilihat juga Aliff menjerit-jerit kepada polis, meminta agar mereka bercakap dengan bapanya menerusi telefon.

“Ayah tolong abang ayah!”.

Kemudian dua buah kereta polis Singapura tiba di lokasi kejadian dan tiga lagi pegawai polis bergegas membantu pegawai di tempat kejadian.

Aliff sebelum ini sudah mempunyai dua kes di Singapura iaitu sebutan kes di mana dia dituduh mencurri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan juga satu lagi kes mencurri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.

Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dari pihak keluarga Aliff Aziz berkenaan penahanan ini.