“Dek bisikan syaitan & iblis, kita makin jauh” – Luahan Hati Sharnaaz Ahmad

Umum mengetahui kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi. Malah, Sharnaaz juga sering memuat naik perkongsikan luahan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden. Menerusi Insta Story, Sharnaaz meluahkan semakin hari dia merasakan dirinya semakin jauh dengan anak kesayangannya itu. Malah, Sharnaaz turut terkilan dengan pihak yang ingin memisahkan mereka. “Selamat [...]

Peminat hiburan tanah air pastinya mengetahui tentang kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang masih tidak berkesudahan.

Malah, Sharnaaz juga sering memuat naik perkongsian luahan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden.

Di dalam satu muat naik Insta Story, Sharnaaz telah meluahkan rasa rindunya dan semakin hari dia merasakan dirinya semakin jauh dengan anak kesayangannya itu, lapor Gempak.

Sharnaaz juga turut terkilan dengan pihak yang ingin memisahkan dirinya dan Jebat.

“Selamat malam sayang ba Jebat Jayden. Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh. Tapi seinci cek tak pernah jauh dari minda dan hati ba. My life, my power, my boy”

Sharnaaz dilihat meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden.

Malah, menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.

Sebelum ini, isteri Sharnaaz, Nabila telah memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos yang lepas.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Sharnaaz dan Nabila telah berumah tangga sejak dua tahun lalu iaitu pada 31 Mac 2017.