Isteri Masih Belum Bertudung, Caprice Akui Kesal Dengan Diri Sendiri

Sebelum ini tular dengan perkongsian penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang berkongsikan rasa gembira apabila isterinya tampil dengan imej baharu yang bertudung di laman Instagram miliknya.

Ramai warganet yang memuji kecantikkan isterinya yang berhijab itu di dalam video tersebut.

Namun baru-baru ini isteri kepada Caprice, Farra Innalis dilihat memuat naik foto terbaru yang tidak mengenakan tudung di laman Instagram yang mengundang persoalan netizen.

Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata netizen memberikan komen negatif kerana hairan dengan imej sebenar wanita berkenaan. Sedangkan baru beberapa minggu suaminya itu berkongsi video Farra yang cantik bertudung.

Susulan pautan yang dimuat naik, seorang pengguna laman Instagram ini memberikan komen dengan kata kata yang sekat.

Walau dilemparkan kata-kata sebegitu Farra tidak cepat melatah dengan komen itu dan membalas komen tersebut agar individu itu bertenang.

“Kecoh kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak rileks meh nak belanja kopi tapi ambik yang ice punya lah sebab nak sejukkan hati yang panas tu” katanya di ruangan komen.

Caprice juga tampil menjawab soalan netizen di Instagram Stories yang bertanyakan soalan mengenai penampilan terbaharu isterinya itu.

“Wife memang dah pakai tudung ke?” tanya salah seorang pengikutnya

“Yeah i tried my best but tak kekal lagi..i’m more disappointed with myself sebab tak berjaya” balasnya.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat isteri Caprice dan ada juga yang tidak peduli dengan penampilan bertudungnya itu. Mereka memuji kecantikan Farra Inalis.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Itu sebab la.. Dalam Islam mengajar kite menutup aurat… Sekian.. sya doakan trbaik utk anda”


“Dear farra,I know susah sgt nk istiqamah but slowly okies?jgn mudah mengalah💪🏻Insya Allah u can❤️Slowly but surely☺️💗May Allah swt ease all everything for u🤲🏻🤍”

“Aik haritu bertudung kan.. manis dah haritu.. harini tudung mana…”


“Cantiknyaa..”

Sekadar info, Caprice telah menamatkan zaman bujanya pada 15 November 2021 bersama Farra Inalis Husni. Farra juga merupakan ibu tunggal anak satu iaitu  Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.