“Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu” Anna Jobling Dipilih Sebagai Duta Jamu Mutyra, Tya Arifin Dedah Sebabnya

Sebelum ini tular dengan dakwaan netizen yang mempertikaikan keberkesanan jamu yang dijual oleh seorang pelokan Indonesia, Tya Arifin.

Namun pelakon tersebut menolak dakwaan itu dan mengatakan mungkin individu tersebut belum mencuba jamu Mutyra sendiri. Susulan dakwaan tersebut, pelakon yang baru menginjak naik di industri hiburan, Anna Jobling juga tampil ‘back up’ produk jamu berkenaan.

Baru-baru ini, Anna Jobling telah dipilih sebagai duta baharu kepada jamu Mutyra.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Anna di laman Instagramnya semasa mengumumkan dirinya sebagai duta, dia bangga menjadi sebahagian daripada keluarga jamu Mutyra kerana produk tersebut juga banyak membantu Anna dalam kehidupan hariannya sebelum ini.

“Sebagai duta baru Mutyara, Anna rasa berbangga menjadi sebahagian keluarga baru Jamu Mutyara kerana selama 5 tahun Jamu Mutyara telah membantu Wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman” tulisnya.

Memetik laporan Media Hiburan, Tya Arifin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata pilihannya untuk memilih Anna Jobling adalah tepat kerana nama Anna Jobling sudah cukup popular dan menjadi perbualan hangat netizen menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga.

“Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga kerana  kalau Anna atau orang lain di luar sana  ittu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.”

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian iaitu Jamu Mutiara,” katanya.


Difahamkan pemilihan Anna juga mewakili wanita yang bekerjaya. Tya juga menjelaskan sifat Anna yang mudah bekerjasama.

“Anna juga wanita yang akan melebarkan khasiat jamu ini dan membuktikan bahawa ia tidak pahit. Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, Anna sudah buktikan yang ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini”

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna. Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini”.

“Kita ingin membantu wanita yang lemah, letih dan lesu supaya mereka boleh dapatkan tenaga tambahan,” katanya lagi.

Video di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)