“Jumpa depan2 berani tak?” Didakwa Sengaja Raih Simpati, Elyana Tampil Bidas Tomahan Netizen

Nama Elyana suatu masa dahulu menjadi satu nama besar dalam industri hiburan. Lagu-lagu berentak pop rock dan ‘catchy’ memang begitu sinonim dengannya yang tampil dengan imej remaja dan santai. Walaupun tidak lagi begitu aktif dalam bidang nyanyian tapi Elyana masih menjadi perhatian ramai.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emriz menjadi bualan ramai baru-baru ini  kerana ada yang mendakwa dia sengaja meraih simpati peminat mengenai dirinya.

Sebelum ini Elyana pernah berkongsi berita tentang penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya semenjak tujuh tahu lalu. Khabar duka itu dikongsikan secara langsung kepada penonton dan peminat sejurus selepas diumumkan tersingkir di pentas GV4.


Baru-baru ini penyanyi ini telah tampil membidas komen netizen yang mendakwa dia hanya meraih simpati dengan keadaan dirinya yang sedang sakit itu di menerusi paparan Instagram Story.

Tambahnya lagi, komen yang diberi oleh netizen membuatkan dia berasa lebih baik memilih untuk tidak berkongsi keadaannya yang sakit di khalayak umum.

“Cari simpati? Fuh.….. ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tak nak beritahu yang aku sakit sebab tak ada gunanya pun”.

“Aku buat keputusan yang salah… terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,”tulisnya.


Jelasnya, dia seperti sudah penat ‘dipijak’ dan menjadi mangsa buli netizen yang mengecamnya.

Elyana juga turut memuat naik beberapa ‘screenshot’ seorang individu yang secara biadap menegur penyanyi itu berhubung cara pemakaiannya.

“Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak?”

“Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” tulis Elyana lagi.

Buat pengetahuan, Elyana juga sudah disahkan bebas dan pulih dari penyakit kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.

Sekadar info, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 11, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.