[VIDEO] “Saya sedia jumpa ibu Ali” Aliff Syukri Mohon Maaf, Tak Mahu Panjangkan Isu

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengemukakan permohonan maaf atas kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh. Aliff, 33, berkata, dia turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya tempoh hari. "Di dalam situasi ini, [...]

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini telah mengemukakan permohonan maaf atas isu yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bocey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.

Menurut Aliff, dia bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya tempoh hari.

Alif berkata dia amat kecewa dengan segala yang dilemparkan terhadap dirinya, namun dia mahu berdamai.

“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.”

Tambahnya, dia tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku dan tidak berniat untuk melaga-lagakan mana-mana pihak.

“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.”

Justeru itu, Aliff memohon kemaafan daripada Ali Puteh dan juga isteri Abam Bocey, Hidayah.

“Jadi, saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,”

ALiff Syukri berkata demikian semasa sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aliff, dia dan pihak produksinya telah meminta kebenaran dari Hidayah sendiri berkenaan video live tersebut.

“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

Malah, menurutnya lagi, dia hanya memaparkan 10 peratus sahaja dari apa yang diceritakan Hidayah kepadanya.

“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” katanya.

Pada sidang media itu, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.

Terdahulu, Ali Puteh telah membuat sidang media berhubung isu tular melibatkan dirinya dan balu Allahyarham Abam pada petang Jumaat.

Kira-kira 45 minit berlangsung, Ali itu telah menjelaskan kemelut yang melanda seperti yang diketahui umum sebelum ini di sidang media tersebut.

Dengan rendah hati Ali telah memohon maaf kepada balu Allahyarham Nor Hidayah dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan apa yang telah dilakukannya.

Ali juga sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah berlaku.