[VIDEO]”Sorry for the messy look” Datin Paduka Eina Azman Tunjuk Skill Memasak

Baru-baru ini telah tular satu video Datin Paduka Eina Azman sedang memasak didapur. Beliau seringkali berkongsi video resepi memasak untuk peminatnya. Beliau yang mempunyai 1.5 Million pengikut seringkali berkongsi videonya memasak dirumah.

Ramai peminat kagum padanya kerana sifat rendah diri, cantik dan disenangi ramai peminatnya. Ramai peminatnya mengakui beliau tidak sombong apabila bertemu dengan peminat di luar.

Lebih kagum lagi, walaupun beliau kaya dan muda, beliau tetap memasak hampir setiap hari untuk keluarganya. Sifat keibuan yang ditonjolkan beliau membuatkan beliau menjadi contoh yang baik untuk diikuti.

Selain suka memasak beliau juga tidak sombong. Baru-baru ini telah tular apabila beliau memakai baju kurung cotton seperti orang kebanyakan. Beliau turut mengakui baju kurung cotton itu hanya dibeli di pasaraya Mydin dengan harga RM50 ringgit.

Seorang pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman telah mendedahkan kemahiran memasaknya secara live (IGTV) di Instagramnya. Video berdurasi hampir 10 minit itu melihatkan gelagat Eina yang sedang memasak di dapur untuk menyediakan menu siput sedut masak lemak cili padi.

“Siput Masak Lemak Cilipadi”

“Assalamualaikum semua, hey guys .. so this is Eina first time upload for IGTV.. a lot of you guys been wondering how it looks like behind the scene of Eina memasak..

“First of all sorry for the messy look as I just got back from workout.. so here u go.. 😊😊 this video no edit ya .. so everything is live including Aubreykarl crying and all in between the session haha..

“Yes guys .. as a mum i still need to ke sana and sini during memasak sama mcm u all.. enjoy ! #itsdonebyeinaazman,” tulis Eina.

Menerusi video itu, kelihatan kesibukan Eina bukan sahaja memasak di dapur, malah dia juga perlu menguruskan anaknya, Arianna Aubrey yang kedengaran sedang menagis.

Pelbagai reaksi netizen memberi komen terhadap gelagat Eina yang dilihat sempoi ketika memasak (hanya mengenakan T-shirt berwarna kelabu, rambut diikat dan apron berwarna merah jambu).


Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan. Ramai netizen meninggalkan komen yang positif dan ada diantara mereka turut memuji kecantikan Datin Paduka Eina Azman itu walaupun tampil ringkas.

Ramai juga netizen memuji beliau merendah diri, ibu yang penyanyang dan sangat dedikasi dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya. Selain itu,netizen turut terhibur dengan telatah Eina yang tidak putus-putus berkongsi resepi masakannya itu.