Rentas Negeri Untuk Honeymoon, Instafamous ‘Ajar’ Cara-caranya Buat Netizen Berang

Seperti yang diketahui umum, sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula sejak bulan Januari lalu pergerakan rentas negeri diperketatkan.

Orang ramai tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri kecuali  atas sebab-sebab tertentu yang dibenarkan setelah mendapat surat daripada pihak yang berwajib.

Instafamous kongsi gambar bulan madu 

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir individu yang berjaya merentas negeri dengan bangga memaparkan perkara tersebut di media sosial secara terbuka sehingga menimbulkan tanda tanya.

Tular kisah seorang Instafamous telah berkongsi gambar dan video mereka yang dipercayai sedang berbulan madu di laman Instastories hingga mencetuskan persoalan ramai.

Instafamous siap kongsi cara rentas negeri untuk bulan madu

Malah, apa yang mengejutkan, instafamous yang menggelarkan diri beliau sebagai datin ini turut berkongsi cara-cara untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu.

Difahamkan mereka baru sahaja bernikah pada tahun ini dan tidak sempat kemana-mana memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Malaysia.

Buat tempahan dari bulan Disember 

Selain itu, instafamous ini turut memberitahu sudah membuat tempahan tempat percutian sejak pada bulan Disember lalu.

Malah beliau turut menjawab beberapa soalan mengenai perkara ini selepas diajukan soalan daripada netizen. Dia mendakwa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri.

Dikatakan pegawai polis di tempat beliau yang mudah untuk memberi pelepasan antara yang membuatkan pasangan ini bebas untuk berbulan madu sambil mengikut SOP yang ditetapkan.

Kisah ini turut mendapat perhatian di laman Twitter apabil seorang pengguna turut memuat naik kisah mengenai instafamous ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan.

Malah ada yang memberikan pendapat supaya rakyat Malaysia menggunakan kebenaran pelepasan negeri dengan baik tanpa menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu ada yang berpendapat ramai rakyat tidak dapat pulang ke kampung melawat keluarga bagi memastikan negara dapat berjuang melawan pandemik Covid-19 dan rakyat digesa untuk sama-sama memberikan kerjasama.