“Indah nak macam dulu..” Jaga Adik-adik Selepas Kehilangan Ibu, Luahan Anak Buat Bapa Sebak

Pemergian orang yang dsayangi lagi-lagi kedua ibu bapa sendiri merupakan momen yang paling sedih dan berat untuk diterima.

Tetapi sebagai hambaNya kita perlu akur dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Sama seperti perkongsian sedih yang dikongsi seorang bapa dikenali sebagai Nazri Ahmad, di laman Facebook berkongsi luahan anaknya yang begitu merindukan arwah isterinya.

Namun, lelaki ini pada mulanya berasa kecewa kerana dia tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar luahan anaknya itu.

Menerusi muatnaik perbualan Whatsapp, anak sulungnya yang dikenali Indah meluahkan rasa rindu akan kenangan-kenangan dulu bersama kedua ibu bapanya.

Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa ‘penat’ dalam menjaga adik-adiknya yang lain di samping perlu menjalankan tugas sebagai seorang pelajar sekolah.

Walau bagaimanapun, luahan tersebut tidak diceritakan pada ayahnya tetapi kepada orang lain.


“Semalam baca whatsapp Indah.Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya.

“Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy. Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.”

Namun, si bapa mula ‘tersentak’ dan rasa dirinya gagal menjadi seorang bapa yang baik kerana anaknya telah berpaling ‘tadah’ dalam meluahkan isi hatinya.

Jelas bapa kepada enam cahaya mata ini, apabila membaca luahan tersebut dia telah segera pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun terpaksa merisikokan dirinya dengan memandu kerete dengan laju.

“Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi.

“Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa. Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out.

“Luluh ja hati ni. Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena.

“Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidak pastian dalam nak adapt semua benda baru ni.”

Pada masa yang sama, dia turut berasa sedih apabila membaca mesej seumpama tersebut, mungkin kerana anaknya telah lama ‘memendam’ perkara tersebut secara seorang diri.

“Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah.”

Difahamkan, isterinya telah meninggal dunia secara mengejut pada bulan Februari yang lepas.

“Seorang diri datang kubur, takkan sama dengan keseorangan di alam kubur. Hari ni ziarah kubur for few minutes.

“Teringat pasal move on. Actually apa pengertian move on selepas kematian isteri/suami sebenar-benarnya?

“Well as for me and the kids. We are way past over move on. Sekolah macam biasa. Kerja macam biasa.

“Berkasih sayang macam biasa. Rutin harian macam biasa cuma ada few adjustments to fit in dengan norma baru tanpa mama.

“Tabah. Kuat. Well that’s the only option left. Tak boleh pilih lain dah. Meratap, berkabung, tinggalkan segala kerja hakiki itu bukan satu tindakan move on.

“Semoga kuat sahaja untuk kita semua. You and me, we are going to be awesome!”