Ini 3 Punca Wanita Suka Menjadi ‘Forever Alone’

Hidup bersendirian adalah salah satu keadaan yang  sangat menyedihkan. Namun, bagi wanita yang gemar hidup sendiri tidak bermakna mereka tidak pernah rasa bahagia dan tenteram. Bagi mereka, tidak perlu buang masa untuk rasa sakit hati bila bergaduh dengan kekasih.

Malah, hendak bergaul dengan mana-mana lelaki pun tidak ada masalah sebab tidak akan ada orang yang cemburu. Wanita yang sukakan hidup bersendiri ini mereka lebih rasa bahagia dan bebas dengan kehidupan yang mereka jalani. Walaupun keseorangan, mereka juga masih mampu untuk bergembira dan bergelak ketawa seperti orang lain juga.

Bukan perkara yang mudah bertemu dengan seseorang yang betul-betul jujur atau dalam kata lain cinta sejati. Ada pasangan yang bercinta lama sampai 8 ke 10 tahun tanpa di sangka terputus di tengah jalan dengan alasan tiada persefahaman. Masa bersama selama beberapa tahun itu terbuang sebegitu saja.

Wanita yang keseorangan ini bukan bermakna tiada orang yang mahukan mereka ataupun tidak laku, tetapi mereka lebih memilih untuk fokus dan ingin berdikari dalam kehidupan mereka dan tidak perlukan lelaki dalam hidup. Terdapat banyak lagi sebab-sebab wanita lebih memilih untuk hidup keseorangan ini antaranya:

1. Wanita tidak gentar untuk bersendirian

Wanita yang bijak, mereka tidak akan membuang waktu yang sia-sia menghabiskan masa dengan lelaki yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak setia. Malah mereka langsung tidak kisah untuk hidup sendiri dan menukarkan kebahagiaan itu dengan hobi kesukaan iaitu’ Shopping’.

2. Sentiasa tahu apa yang di inginkan

Wanita yang memilih untuk hidup sendiri sentiasa mempunyai prinsip dan pedoman hidup sendiri. Mereka akan memilih lelaki yang mempunyai kriteria yang mereka idamkan, bukannya lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita. Setiap wanita mempunyai senarai lelaki idaman mereka sendiri.

3. Tidak perlu bergantung hidup dengan lelaki

Mungkin pada zaman mak kita dulu, mereka sangat bergantung dengan lelaki. Oleh kerana pemahaman dulu dan kini sudah tidak sama. Wanita kini sudah semakin bijak dan berfikiran di luar kotak. Mereka tidak perlukan lelaki untuk meneruskan kehidupan ke masa depan.

Bagi sesetengah lelaki yang sentiasa berfikiran bahawa wanita seharusnya selalu mengikut telunjuk mereka saja. Cara berfikir sebegitu adalah salah sama sekali, malah wanita zaman sekarang lebih bijak berdikari dan mereka masih boleh meneruskan hidup tanpa ada lelaki. Mungkin ini yang menjadi punca utama wanita gemar bersendiri.

Sumber Artikel: Bukanaku.com

Cover Photo: Instagram Fazlina Rahman