Doa Minta Rezeki Selepas Solat Dhuha? Ini Doa Yang Diamalkan Rasulullah

Di antara amalan sunat yang sering diamalkan umat Islam adalah solat sunat Dhuha. Ia antara amalan yang paling mudah dilakukan dan banyak fadhilatnya.

Kebiasaannya selepas solat kita pasti berdoa agar dibuka pintu rezeki seluas-luasnya dan dipermudahkan semua urusan.

Tetapi tahukah anda ada doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W selepas solat sunat Dhuha?

Ikuti perkongsian daripada Puan Pidah Buyar berkenaan doa Rsulullah dan kaitannya dengan murah rezeki seseorang.

Solat Dhuha

Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki.

Itu yang sering dilakukan …

Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah S.A.W setelah solat Dhuha?

Apa doanya ?

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..

(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)_ sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)

Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.

Mengapa doa Rasulullah S.A.W tiada berkaitan dengan rezeki?

Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki.

Jadi begini…

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.

Kalau dosa2nya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??

Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).

Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat..

Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.

Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.