Halal Atau Tidak? Ini Bubble Tea Yang Diperakui Sah HALAL di Malaysia

Tahun ini Teh Boba ataupun Bubble Tea menjadi sangat trending kepada warga muda terutamanya wanita.

Boleh dikatakan semua perempuan pasti menggilai Teh Boba ini tidak kira lah apa jenama sekalipun.

Walau bagaimanapun, dalam anda sibuk mencuba pelbagai jenis Bubble Tea yang ada (dan kebanyakannya datang dari China dan Taiwan) jangan lupa untuk mengetahui status halal bagi minuman tersebut.

Iyalah, sebagai orang Islam, mencari yang halal itu adalah fardhu bagi kita. Dan untuk di negara kita ini, satu jabatan telah dilantik untuk memastikan makanan atau minuman itu sah Halal iaitu JAKIM.

Jadi bagi memudahkan anda untuk mencari Teh Boba yang halal, kami sediakan senarai beberapa Bubble Tea Halal yang ada di Malaysia.

1. Bubble Tea Family Mart

Family Mart menawarkan Teh Boba dengan harga serendah RM4.90 sempena promosi pelancaran.

2. Chatime

Buat penggemar Teh Boba pastinya sudah tahu jenama ini yang sudah lama berada di dalam pasaran.

3. Each A Cup

Teh Boba ini juga merupakan jenama yang agak lama di pasaran, jika tidak silap sudah melebih 10 tahun seperti Chatime dan CoolBlog.

4. Tealive

Bubble Tea ini adalah jenama baru tetapi berasal dari syarikat yang sudah lama menguruskan Chatime sebelum ini.


5. CoolBlog

Coolblog mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 dan boleh dikatakan sebagai pelopor untuk minuman Teh Boba ini.

Ini hanyalah beberapa jenama Bubble Tea yang Halal di Malaysia. Mungkin ada banyak lagi di luar sana yang tiada dalam senarai ini.

Dan senarai ini sah sehingga tarikh artikel ini ditulis. Jika terdapat sebarang perubahan kelak kami akan kemaskini.

Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kenalan anda yang sangat menyukai minuman Teh Boba ini.