“Healing ke tu” Individu Rakam Budak Lelaki Santai Lepak Atas Bumbung Ini Curi Perhatian Netizen

Setiap dari kita melalui perjalanan hidup masing-masing. Malah sebagai seorang manusia, sudah pasti kita akan mengharungi pelbagai dugaan dan masalah yang menjadi lumrah asam garam dalam kehidupan.

Iospital phone repair gombak

Jadi, ramai diantara kita memilih untuk healing dari pelbagai masalah buat seketika bagi menenangkan diri dan memulihkan semangat untuk terus berjuang dalam hidup. Healing adalah satu proses untuk kita menyembuhkan diri dan memulihkan diri.

Santai healing atas bumbung rumah

Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh @ijahahmad90 di laman TikTok, seorang individu dilihat sedang merakam gelagat seorang budak lelaki yang dilihat seakan sedang healing di atas bumbung rumahnya.

Video berkenaan memaparkan budak lelaki itu sedang healing sambil mengelamun pada waktu petang semasa orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan telah menarik tumpuan warga maya.

Individu tersebut pada awalnya telah merakam pelbagai jenis aneka kuih muih di gerainya dan juga sempat merakam gelagat orang ramai yang sedang berjalan di bazar ketika itu namun pada akhir video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk atas bumbung rumah.

Selain itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan gelagat budak lelaki tersebut dan ada juga yang terhibur melihat kelakuan santai budak lelaki berkenaan yang dilihat sedang menghabiskan waktu petangnya di situ.

Namun ada juga komen dari netizen yang berpendapat budak lelaki itu berada disitu kerana sedang mencari line telefon yang jelas di atas bumbung rumahnya.

Ekoran tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 732.7K tontonan, 89.3K tanda suka dan 2,568 komen netizen di laman TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

“dulu selalu dok ats bumbung umah, setiap kali org lalu mesti kena hon ckp putus cinta padahal merajuk dgn ayah sbb xbg ikut dy”


“line tak clear, tunggu sat cari line. Sabar2”

 

Video yang tular di TikTok

@ijahahmad90 Kau nak healing pun agak agak la dik#fypシ #masukberanda #bazargeting ♬ bunyi asal – ค卂ηg ωÃήg