Kucing Santai Duduk Atas Bahu Pemuda Ini, Tapi Komen Netizen Pula Tarik Perhatian

Kedai mamak merupakan antara lokasi kegemaran rakyat Malaysia untuk makan dan lepak setelah sibuk dengan rutin seharian.

Iospital phone repair gombak
Pelbagai makanan yang sesuai dengan tekak orang Malaysia menjadikan kedai mamak antara pilihan orang ramai untuk sarapan, makan tengahari dan malam kerana kebiasaannya ia dibuka dari pagi sehingga lewat malam.

Malah kedai ini turut menjadi lokasi rakyat Malaysia pada waktu Ramadan untuk moreh lepas solat tarawih.

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki di kedai mamak ini telah meraih tumpuan ramai.

Kucing santai bertenggek dia atas bahu 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qimi_69 di TikTok, kelihatan seekor kucing sedang bergayut di atas bahu seorang lelaki ketika di kedai mamak.

Gelagat lelaki tersebut telah dirakam oleh seorang pelanggan di kedai tersebut. Hairan dengan keadaan yang berlaku, hampir kesemua pelanggan di situ dilihat memandang lelaki itu kerana terpegun dengan situasi berkenaan.

Dalam video itu juga memaparkan, dia sedang bercakap dengan pekerja di kedai itu seakan sedang bertanya berkenaan sesuatu dan dilihat pergi bersama kucing tersebut yang masih santai duduk di atas bahunya seakan telah terbiasa begitu.

 

Gelagat bersahaja kucing dan pemuda itu tarik perhatian

Gelagat keduanya yang kelihatan bersahaja tanpa berasa kekok telah mencuit hati pelanggan di kedai mamak berkenaan.

Malah kucing tersebut dilihat begitu manja dan tidak takut dengan keadaan sekeliling seakan sedang bersantai dirumah itu menimbulkan tanda tanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati mengenai situasi tersebut.

Susulan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih sehingga 361K tontonan, 76.9K tanda suka dan 1,871 komen di ruangan TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

“bang, hati2 ye. ada benda yg ikot abg”

 


“Kucing tu yang control, abang tu dia nak beli ayam mamak”

Video yang tular di lama Tiktok

@qimi_69 #fyp ♬ Meeoooow – KHBS0