“Kuat jugak bunyi tu” Rancak Main Golf Sampai Kayu Terkena Kepala Member Tanpa Sengaja Tarik Perhatian Netizen

Sejak kebelakangan ini, sukan golf sudah mula mendapat tempat di hati orang ramai.

Iospital phone repair gombak

Malah, semakin ramai rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur dilihat sudah mula meminati permainan golf yang suatu ketika dahulu sukan ini hanya diminati oleh golongan tertentu sahaja.

Kelab golf yang semakin banyak juga mendorong lebih ramai menjadikan sukan ini sebagai aktiviti riadah mereka.

Ramai yang berjinak-jinak dalam sukan tersebut dan berlatih untuk mengasah skill tetapi ada juga yang bermain sukan ini hanya untuk mengisi masa yang terluang.

Terbaru, telah tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki berada kelab golf ini  telah meraih tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tenuki__ TikTok, kelihatan seorang individu merakam dirinya dan kawan-kawannya sedang bermain sukan ini di salah sebuah kelab golf.

Semasa rakannya sedang membuat pukulan bola golf untuk memasuki lubang, terdapat satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku.

Pukulan kayu golf telah terkena kepala rakannya di sebelah semasa menghayun batang golf telah menyebabkan kawannya itu terduduk kesakitan selepas dipukul secara tidak sengaja.

Namun kejadian tersebut dihangatkan dengan gelak tawa dari rakan-rakan mereka yang menonton dari belakang meyaksikan apa yang berlaku menjadikan momen sakit itu bertukar kepada hiburan buat mereka ketika itu.

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah mencecah sehingga 271.5K tontonan, 36.6K tanda sukadan 737 komen di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan terkejut kerana bunyi kayu golf yang terkena rakannya agak kuat menyebabkan ramai yang bersimpati atas keadaan lelaki berkenaan.

Malah, ramai netizen turut bersimpati kerana menerusi video berkenan mereka turut terdengar bunyi ketukan yang berlaku tanpa sengaja itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen-komen menarik daripada netizen di laman TikTok:

“berbunyi bang”


“Dengar mcm baling guli”

 

Video yang tular di laman TikTok

@tenuki__Memang ni last la bawak dia main golf.

♬ original sound – Andrea Pirnuk