Dato Aliff Syukri Undur Diri Dari Media Sosial, Datin Nur Shahida Tampil Bersuara

Sebelum ini, tular di media sosial apabila usahawan kontroversi Dato Aliff Syukri tampil memohon maaf kepada umum dan juga ahli keluargannya yang terkesan kerana menanggung malu berikutan video yang mempromosikan lagu dangdut terbaharunya bersama Baby Shima.

Manakan tidak, aksinya dan baby Shima serta pakaian yang dikenakan di dalam video tersebut nyata menjolok mata dan memalukan bangsa serta agama.

Aliff juga telah mendapat kecaman yang hebat dari orang ramai dan bondanya bahkan ada juga para ilmuan seperti PU Syed yang meminta untuk melupakan hasratnya untuk melancarkan lagu tersebut.

Susulan daripada kontroversi yang dibuat olehnya, Dato Aliff Syukri kini mengambil keputusan untuk berundur dari media sosial dan hanya mendiamkan diri. Laman Instagram miliknya juga sudah tidak aktif dan tiada gambar.

Baru-baru ini isteri kepada usahawan Dato Aliff Syukri, Datin Nur Shahida telah tampil dan memaklumkan bahawa dia redha dengan ujian yang menimpa keluarganya kerana kontroversi berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik bersama anak perempuannya itu, ruangan komen telah dibanjiri dengan kata-kata semangat buat Datin Nor Shahida dan keluarga untuk terus tabah dan cekal terhadap dugaan yang menimpa.

Salah seorang pengikutnya @aida_cuu juga memberikan komen dan mendapat perhatian Datin Nur Shahida untuk membalas komen berkenaan dengan mengatakan dia bersetuju dengan kata kata tersebut. Tambahnya, setiap individu mempunyai ujian hidup dan dugaan yang berbeza.

Shahida juga menyifatkan dunia ini bukan tempat untuk terus berehat dengan aman kerana sememangnya dunia hanya lah tempat persinggahan setiap manusia.



Komen yang diberikan oleh pengguna tersebut juga telah mencuri perhatian warganet yang lain dan mereka juga menyokong ayat yang diberikan. Bukan itu sahaja, mereka juga menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Moga menjadi asbab dato berubah menjadi lebih baik..Amiin..”

“Teruskan bersabar lg ye Datin.. Allah sayang Datin”

“Teruskan hidup Dan berdoa . Abaikan negative. Suami ttp Syurga seorang isteri. Terima satu keburukan sbb kita semua xsempurna. Suka ayat puan Aida positif. Utk datin terus kan kasih sayang suami isteri”

“Asalamualaikum datin. Semoga datin terus kuat ye, jgn peduli comment negative. Semoga Allah permudahkan urusan datin sekeluarga.. stay strong datin!! Allah sayang datin”

Video yang tular di laman Instagram: