Beri Ikan Salmon Import Pada Kucing, Datuk Rizalman Dikecam Tak Hargai Pemberian Peminat

Datuk Rizalman sering berkongsi resepi dan juga perkembangan terbarunya menerusi laman Instagram bersama pengikutnya.

Pereka fesyen terkenal itu turut mendedahkan bahawa dirinya tidak menggemari ikan salmon.

Saya dah pesan jangan duk bagi benda-benda basah

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Rizalman memberitahu pembantu yang juga rakan baiknya, Faizul serta anaknya mungkin menggemari ikan tersebut.

“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni, tak payah… Salmon?”

Maaflah cik kak oi, tak reti nak makan

“Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon, tak reti nak makan.”

“Ikan curut cheq tahu. Tak apalah, Faizul dan Umar suka kut.”

Ampa ni kan kami sudah pesan

“Ini apa pula cheq dapat ni, ampa ni kan kami sudah pesan jangan bagi barang basah.”

“Walaupun cheq tak makan salmon tetapi jenama sabun cuci tangan kena bagus.”

Pi la hang nak mentekedaghah, nak ajak aku sekali pasaipa

“Ooo, dengaq kata buat biskut mazola pun sedap ganti kacang. Pi la hang nak mentekedaghah (makan) soghang, nak ajak aku sekali pasaipa?”

“Pengat kambing hang pernah terai (cuba)?” katanya sambil ‘unboxing’ barangan basah daripada pengikutnya di Instagram.”

Rizalman cuba jamu ikan salmon kepada kucingnya

Malah, Rizalman cuba menjamu ikan salmon kepada kucingnya namun tidak diendahkan.

Selain itu, beliau turut memberitahu apakah antara makanan lain yang tidak digemarinya ialah kambing, ikan keli, bakso dan roti gardenia bakar.

Rizalman undang rasa kurang senang di kalangan pengguna Twitter

Walau bagaimanapun perkongsian Rizalman itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya pengguna di laman Twitter.


Namun begitu, ada juga Tweet yang mempunyai citarasa yang sama dengan Rizalman yang tidak menggemari ikan import berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutara pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan.