[VIDEO] Terkedu Ditengking Nabila Huda, Rupanya Ada Plot Twist Buat Anak Menangis

Pelakon Nabila Huda merupakan seorang yang berbakat besar. Beliau yang membintangi pelbagai drama dan filem berjaya memberikan lakonan terbaik kepada penonton.

Pelakon yang juga ibu kepada seorang puterinya yang berusia 11 tahun, Nabila sering berkongsi perkembangan terbaru kehidupannya di media sosial bersama pengikutnya.

Menerusi Instagram, Nabila telah memuat naik satu video yang memaparkan adegan beliau sedang membuka kotak bersama anaknya.

Hanya kerana lambat buka kotak, Keisha dimarahi

Beliau yang dibantu anaknya itu turut menegur Keisha kerana kerana kesilapan yang dilakukan anaknya itu.

Hanya kerana lambat membuka sebuah kotak, anak gadisnya itu dimarahi oleh ibunya yang kelihatan mendiamkan diri.

Sempat berlakon sebelum beri kejutan hari jadi kepada anaknya

Selepas itu, Nabila menyuruh Keisha membuka kotak lain di hadapan anaknya itu dan secara tiba-tiba Keisha bertindak memeluk ibunya dan menangis.

Rupa-rupanya, Nabila sempat berlakon untuk memarahi anaknya kerana ingin memberi kejutan kepada Keisha sempena ulang tahun anaknya yang ke 11 tahun.

Happy Belated Birthday my babygirl !

“Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan.”

“Abil penah cerita before this i memang takkan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak,dia kena usaha.”

Dia usaha kumpul duit gaji dia teman mummy kerja jadi assistant

“So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst.”

“Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul. Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad.”

Saya bangga sebagai ibu tengok usaha dia tanpa meminta

“Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung rm450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha!”

“I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil.”

Tak pernah dia merengak nak sesuatu dari kecik

“Tak pernah dia merengek nak something dari kecik. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11.”

“Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je.”


Apa sahaja untuk buat dia gembira

“Then masa quarantine tu i decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu, you just got punked.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan sebak dengan adegan ibu dan anak ini.

Mereka turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Keisha dan kagum dengan hubungan akrab kedua anak beranak ini.