“Saya amalkan makan pedas,” Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman

Pelakon dan juga model Ummi Nazeera telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.32kg pada 2 jun lalu di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Selangor.

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh pelakon itu dan juga suami, Dr Izzar Anwari semalam melalui posting yang dimuatnaik di laman Instagram masing-masing.

Ummi demam panas ketika bersalin anak kedua

Difahamkan ketika ummi berada di bilik bersalin, Ummi mengalami demam panas dengan suhu 38.3 celcius.

Namun begitu, pelakon itu tetap bersyukur kerana segala proses bersalin puteri keduanya ini dipermudahkan.

Syukur semuanya selamat

“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat.”

Menurut pelakon ini lagi, bayi yang dilahirkan seberat 3.32kg itu dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan yang sihat.

Kami telah dikurniakan seorang puteri 

“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial.”

“Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.”

Ummi amalkan beberapa amalan termasuk makan makanan pedas

Berkongsi pengalaman ketika bersalin, Ummi mengakui agak takut jika bayi tak nak keluar seperti due date yang telah ditetapkan.

Lalu tepaksa mengambil induce ataupun melahirkan anak secara pembedahan. Jadi dia amalkan amalan seperti yang dikongsi termasuklah makan makanan pedas.

Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat

Selain itu, Ummi turut meminta doa ramai supaya mendoakan kesejahteraan anak-anaknya itu.

“Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya. Amin.”

Selain itu, pelakon ini turut berkongsi pengalaman mengandung dan melahirkan bayi keduanya di Instagram bersama pengikutnya.

Berbuat baik lah pada ibu, ibu dan ibu, kemudian bapamu

“Childbirth is not easy and the journey doesn’t stop after u give birth. Syukur Alhamdulillah for everything.”

“I would firstly like to say thanks to my Doctor MissDalia for being so positive thruout my pregnancy. Tidak pernah lekang menyebut Alhamdulillah dari mulutnya.”


Ketika kandungan 4 bulan saya mengalami pendarahan

“Sebenarnya masa kandungan saya berusia 4 bulan, saya mengalami pendarahan. Kes sama seperti Ayra, low lying placenta.”

“Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu. Bila masa dengan Ayra saya mula bleeding 6 bulan ke atas . Adik Ayra pula agak awal 4 bulan.”

Syukur saya diberi peluang bersalin normal

“Dengan kuasa Allah & nasihat doctor. Saya rest dan mengambil cuti dari berlakon.”

“Alhamdulillah. Placenta naik, dan saya diberi peluang merasa bersalin normal. Syukur.”

Saya praktikkan baca Surah Maryam

“Selain itu, saya juga praktikkan membaca Surah Maryam / Alkahf/ Yusuf/ luqman tiap minggu.”

“Dan membaca doa yg disediakan dalam app Qalbyapp “Supplications for healing” + Doa Nabi Yunus.”

Alhamdulillah dengan doa keluarga dan sahabat

“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . Dengan doa keluarga & sahabat sahabat.”

“Dapat saya merasa bersalin secara normal dan baby lahir cukup bulan 38 minggu 4 hari.”

Masa dengan Ayra, pendarahan saya terlalu banyak

“Masa dengan Ayra , dia dilahirkan pada minggu ke 34 kerana pendarahan saya yg terlalu banyak. Sebab itu kali ni saya bersungguh berehat masa mengandung.”

“Thank you also to everyone for all your beautiful doas.. in shaa Allah hari ketujuh Ummi share nama baby ya. Lastly, to my husband, thank you.”

Tahniah Ummi Nazeera atas kelahiran bayi kedua. Semoga ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik.