Ibu Saudara Sebak Terima Rumah Fully-Furnished Dari Aleeya Zailan

Tak semua orang berpeluang untuk menikmati hidup senang. Ada yang terpaksa kerja keras untuk meneruskan kehidupan.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, mereka cuma bergantung atas budi baik orang ramai dalam membantu mereka.

Siapa lagi yang tak kenal dengan TikTok famous yang sering memasak bersama suaminya dalam live iaitu Aleeya Zailan (pengasas Avenys).

Aleeya dan suaminya Big Boss sering memeriahkan suasana TikTok dengan celoteh-celoteh mereka ketika memasak baru-baru ini telah membantu sebuah keluarga susah.

Aleeya lebih bersemangat dalam menghulurkan bantuan kepada keluarga ini kerana dirinya dulu juga bukanlah datang dari keluarga yang senang.

Bila dah berjaya, dia ingin membuat baik kepada orang lain pula dan berkongsi rezeki yang dirinya ada.

Aleeya difahamkan cepat tersentuh melihat orang tua yang kesusahan. Malah dia langsung tidak berkira jika dia harus mengeluarkan duit untuk berbelanja!

Antara usaha yang Aleeya buat untuk membahagiakan orang yang kurang berkemampuan yang dijumpainya adalah belanja makan dan shopping pakaian.

Pendek kata Aleeya memang tidak pernah berkira. Selagi dia mampu, dia akan cuba sehabis baik untuk berkongsi kesenangan.

Untuk pengetahuan semua, Aleeya kehilangan ibu akibat dari penyakit kanser. Pun begitu, dia berpuas hati dapat menjaga si ibu semasa sakit sehingga ke akhir hayat.

Sebab itula dia mudah mesra dengan orang-orang tua dan ambik berat tentang kebajikan makcik-makciknya kerana Aleeya ingin menumpang kasih memandangkan ibunya pun telah pergi.

Sempena dengan Ramadan ini, Aleeya memberi bantuan kepada Makcik Leka. Makcik Leka merupakan ibu saudara Aleeya yang hidup susah dan tidak bernasib baik.

Suami Makcik Leka bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,300 sebulan, tinggal di rumah MAIM dan perlu menanggung 4 orang anak.

Apabila Aleeya tahu tentang kesusahan Makcik Leka, dia bergegas ke Melaka dan berjumpa dengan Makcik Leka sendiri.

Dulu Aleeya pernah hidup menumpang datuk dan nenek. Pernah  dihalau keluar dari rumah dan hidup susah kerana miskin dan tiada duit.

Oleh itu Aleeya tak teragak-agak untuk belikan Makcik Leka sebuah rumah di Bukit Beruang siap dengan segala kelengkapan asas termasuk set bilik tidur, mesin basuh dan juga dapur.

Barang-barang basah turut disediakan. Aleeya ingin Makcik Leka menyambut hari raya di rumah baru bersama keluarga dengan gembira tahun ni.

“Aleeya tahu Acik tak mintak semua ni dekat Aleeya, tapi Aleeya faham kesusahan Acik dengan suami acik gaji RM1,300 nak hidup dengan kena tanggung anak lagi. Pernah kena halau, sama macam Aleeya jugak. Ambiklah Acik. Aleeya ikhlas. Aleeya pon dah takde Mama. Aleeya nak Acik hidup selesa. Aleeya pun nak tumpang kasih Acik.”