Buat Kerja Sambil Lewa, Netizen Kecewa Dengan Kecuaian DUKE Highway

Jalan rosak boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Kalau tidak dibaiki dengan betul, boleh mengundang maut.

Jalan rosak yang wujud di tengah-tengah jalan raya seperti bertampal, tidak rata dan bertakung sering dihadapi pengguna jalan raya ketika ini.

Walaupun aduan sudah banyak kali dibuat, tindakan yang diambil seolah-olah sambil lewa dan tidak memikirkan keselamatan orang lain.

Beberapa hari lepas seorang pengguna Twitter, @yunus_unus96 telah memuat naik sebuah video menunjukkan keadaan jalan berlubang yang ditampal di Duke Highway secara acuh tak acuh sahaja.

Kecuaian pihak bertanggungjawab tersebut telah telah menyebabkan sepupunya berada di unit rawatan kritikal (CCU) ketika ini.

Video yang tular di laman Twitter

Kerja baik pulih jalan raya yang dibuat umpama tidak ikhlas itu ternyata menimbulkan amarah ramai warga Twitter.

Malah video memaparkan mereka hanya menutup lubang dengan sekeping besi padahal kerosakan yang berlaku di atas jalan tersebut amat serius!

Menjengah ke ruangan komen, ada yang kata lubang tersebut sudah hampir seminggu dibiarkan begitu.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama di mana mereka terlibat dengan kemalangan di kawasan berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, netizen berkongsi tip cara untuk meminta pampasan daripada DUKE Highway atas kecuaian mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter