“Hukumnya ‘harus’ Lafaz Talak Pada Isteri Hamil” Ini Komen Da’i Wan Tentang PU Abu

Susulan kontroversi isu keluarga bekas peserta pencetus ummah, PU Abu ketika ini, banyak pihak menyuarakan rasa marah terhadap tindakan pendakwah yang tidak berperikemanusiaan meninggalkan isteri demi untuk berkahwin dengan seorang janda.

Malah, rakan pencetus ummah, Da’i Wan turut memberikan komen yang panjang lebar menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan.

Walaubagaimanapun sedikit kenyataan Da’i Wan telah mengundang persoalan dan api kemarahan netizen.

Baca: Demi Janda, PU Abu Didakwa Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan

Menerusi kenyataan terbabit, Da’i Wan telah menyatakan bahawa malafazkan talak kepada isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ dan sah di sisi agama Islam.

Dalam tweet yang sama, Da’i Wan turut ‘mengajar’ orang lain mengenai hukum talak.

Ternyata ‘tweet’ dari Da’i Wan itu telah mengundang rasa sedih seorang netizen yang menganggap hukum talak yang dilafazkan oleh PU Abu itu bukanlah isu utama, tetapi kewajaran tindakan PU Abu melepaskan isteri ketika sarat mengandung.

Ada yang mendakwa mungkin kerana hubungan persahabatan yang terjalin membuatkan Da’i Wan sedikit ‘bias’ dalam memberikan kenyataan.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas peserta Pencetus Ummah, PU Abu, didakwa telah mencraikan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Bekas isterinya itu, Ain Afini tampil mendedahkan bahawa dia telah dilepaskan oleh lelaki itu bulan lalu untuk berkahwin dengan seorang janda.

Janda yang dimaksudkan oleh Ain itu adalah seorang usahawan yang bernama Hana Azra.

Di dalam laman Instagram miliknya, Ain telah mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sanggup memilih ibu tunggal berkenaan.

Malah Abu dikatakan melepaskan dirinya yang sedang hamil dengan kandungan mencecah usia tujuh bulan.