[VIDEO] 4 Tahun Menanti, Wawa Zainal Kongsi Kejutan Hamil Anak Ketiga Dengan Aeril Zafrel

Pelakon cantik Wawa Zainal telah membuat kejutan pada suaminya dengan berkongsi berita gembira lagi setelah 4 tahun melahirkan anak ke-2.

Menerusi laman Instagram, Wawa memuatnaik video kejutannya buat Aeril Zafril dengan memberitahunya sudah hamil anak ketiga.

  “love u syg @aeril_zafrel sorry la 4 tahun u tunggu”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat kedua-dua selebriti ini.

Bagi yang tidak mengenali Aeril Zafrel, beliau merupakan seorang model dan pelakon yang mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama.

Dilahirkan dengan nama Suhairil bin Sunari pada 2 Disember 1988, kelibatnya juga dilihat dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima Durja Ningsun di TV3 dan Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif Cerita Cinta Kita di TV3.

Kini, nama Aeril Zafrel mekar di arena perfileman dan sering memegang watak utama dalam drama bersiri popular Malaysia seperti Jibril dan Mandatori.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel.

Anak mereka yang sulung Ahmad Fakhruddin Attar kini berusia 6 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pula berumur 4 tahun.

Kami mendoakan semoga rumah tangga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Tahiah sekali lagi buat Wawa Zainal dan Aeril Zafril di atas khabar gembira ini.