Demi Janda, PU Abu Didakwa Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan

Bekas peserta Pencetus Ummah, PU Abu, didakwa telah mencraikan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Bekas isterinya itu, Ain Afini tampil mendedahkan bahawa dia telah dilepaskan oleh lelaki itu bulan lalu untuk berkahwin dengan seorang janda.

Janda yang dimaksudkan oleh Ain itu adalah seorang usahawan yang bernama Hana Azra.

Di dalam laman Instagram miliknya, Ain telah mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sanggup memilih ibu tunggal berkenaan.

Malah Abu dikatakan melepaskan dirinya yang sedang hamil dengan kandungan mencecah usia tujuh bulan.

Walaubagaimanapun, bagi Ain pendedahan yang dilakukannya itu bukan untuk memperbesarkan isu terbabit.

Sebaliknya Ain hanya mahu menyatakan kebenaran dan menjelaskan kekusutan setelah ada beberapa pihak bertanya mengenai status rumah tangga mereka.

Tambah Ain lagi, dia cuba untuk tidak bercerita tentang bekas suaminya sudah berkahwin dengan janda itu.

Tetapi dakwanya lelaki berusia 25 tahun itu dan Hana sendiri telah membuka aibb masing-masing.


Menurut Abu Sufyan ketika dihubungi menjelaskan,

“Kenyataan Ain sudah menjawab semuanya…”

Malah menurutnya, sebaik dia selesai tanggungjawabnya di Madinah dia akan pulang ke Malaysia dan menjelaskan status keadaan sebenar terhadap apa yang berlaku.

Walaubagaimanapun, PU Abu berkata dia mempunyai cerita tersendiri tentang keretakan rumah tangganya.

Apabila ditanya tentang dakwaan orang ramai yang mempersoalkan mengapa dia bertindak sedemikian sedangkan isterinya sedang sarat hamil, PU Abu sekadar menjawab,

“Saya tak nak besarkan lagi, kalau tidak saya samalah sahaja seperti bekas isteri saya, kan?”