Hidup berjiran ni memerlukan kita untuk bermuafakat, menghormati dan tidak menyusahkan antara satu sama lain.

Lihat sahaja lah di media sosial, ramai yang jiran yang bertekak dan bermasam muka gara-gara kucing yang dipelihara jiran menjadikan laman rumah sebagai tempat pembuangan najis.

Pun begitu, persis juga dengan isu tersebut, kali ini tular tentang seorang jiran yang selmba melepaskan anjing di kawasan perumahan mencuri perhatian ramai.


Macam yang kita tahu, tidak semua anjing berkelakuan baik dan tidak menyerang, ada juga sesetengah yang ‘pantang’ tengok orang, pasti nak dikejar dan digigit malah perlu kita tahu bahawa gigitan daripada anjing juga haya dan boleh memberikan kesan buruk pada kita.


Menerusi video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, kelihatan seorang budak lelaki yang baru pulang dari sekolah sedang menutup pagar rumah.

Namun, apa yang membuatkannya terkejut adalah, tiba-tiba datang seekor anjing yang berlari ke arahnya dan ingin menyerang. Dapat juga kita lihat budak lelaki tersebut mengambil langkah yang sangat cepat untuk melarikan diri.

Pun begitu, apa yang merisaukan orang ramai adalah budak tersebut berlari ke arah belakang kereta yang sedang dalam keadaan mengundur untuk parkir. Mujur pemandu tersebut perasan bahawa anak buahnya berada di belakang kereta itu dan sempat menekan brake.

“please hormat jiran jiran yang islam , jangan sesuka hati lepas anjing korang . Nasib baik anak sedara aku sempat lari kalau tak dah kena gigit dah agaknya” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@kinraani__ please hormat jiran jiran yang islam , jangan sesuka hati lepas anjing korang . Nasib baik anak sedara aku sempat lari kalau tak dah kena gigit dah agaknya please ! #berandatiktok ♬ original sound –

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersbeut telah meraih 8601 tanda suka, 258.5K tontonan, 351 komen dan 68 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menghembuskan nafas lega apabila budak tersebut sempat melarikan diri dan ibu saudaranya sempat melihat dirinya yang berlari ke arah belakang kereta.

Antara komen warga maya: