“Hilang sahabat memang sakit lagi sakit dari putus cinta,”

Rezeki, jodoh, dan ajal, sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Satu cerita tentang persahabtan telah menjadi tular di mdeia sosial, mengenai seorang gadis yang telah dijemput Ilahi.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Fara Dilayla, meninggal dunia semalam, akibat sakit tulang belakang.

Menerusi tweet Aqil Ash, dia menceritakan janji-janji terakhir yang belum sempat ditunaikan kepada arwah.

Sepatutnya, Aqil akan belanja arwah makan setelah arwah dibenarkan keluar dari hospital. Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila arwah terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Tambahan pula, dia turut menceritakan arwah seorang yang sangat baik dan disayangi oleh ramai.

Ketika proses pengebumian, ramai yang datang untuk menziarah arwah. Dia juga sempat meluahkan rasa sedih kerana telah kehilangan seorang sahabat yang baik.

Nanti dah takda orang nak layan perangai gila aku. Selamat berehat

Sebelum ini, dia pernah termimpi arwah yang menyuruhnya datang untuk teman di hospital.

Arwah juga ketika itu tidak membenarkan Aqil untuk pulang ke rumah. Rupa-rupanya itu ‘hint’ yang diberikan kepadanya sebelum arwah meninggal dunia.

“Terima kasih fara sebab selalu ada dengan aku susah senang, apa yang kita plan semua tak sempat nak ada license nak jadi fashiondesigner sama sama, keluar sama ,tapi takpa sekarang masa untuk kau rehat tau tenanglah disana, aku sayang dan rindu kau sangat sangat. Al-Fatihah”

Dina Zainal, menerusi tweetnya, mengucapkan terima kasih kepada arwah kerana sanggup bersusah senang bersama.

Tambahan pula, mereka berdua ‘sempat’ merancang untuk menjadi pereka fesyen satu hari nanti.

Tidak berakhir di situ, dia turut meluahkan rasa sedih dan sebak atas pemergian arwah.

Sebelum arwah dijemput Ilahi, mereka sempat berbalas Whatsapp ketika itu, dan Fara sempat mengirim satu foto membuat mini love tanda sayang kepada sahabatnya.

Fara ketika itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Dina yang sanggup berada di sisinya sejak dahulu lagi dan meluahkan perasaan sayangnya kepada Dina.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mengucapkan takziah dan mendoakan supaya roh arwah dicucuri rahmat.