“Ingatkan dah tak wujud” Gadis Tak Sangka Kehilangan Botol Pink Sejak Semester 1 Rupanya Dah Lama Disimpan Oleh Jodoh

Bak kata orang, kalau dah jodoh memang tak kemana. Kadang-kadang, kita pun tak sangka atas sebab perkara kecil pun boleh menjadi asbab sebuah perhubungan.

Iospital phone repair gombak

Mungkin sudah takdir Tuhan tertulis sebegitu rupa.

Baru-baru ini, tular kisah percintaan sepasang kekasih yang selamat disatukan pada 22 Januari lalu.

Afidatul Aqma Mohamad Sabre, 26, dinikahi lelaki yang juga ‘crush’nya sejak mereka sama-sama belajar di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan, Pahang.

Dia yang mesra disapa Fyda menceritakan semula bagaimana dia dan suami, Mohammad Zaeim Mohammad Noordin mula berkenalan sejak lima tahun lalu.

“Saya kenal suami semasa kami berada di semester tiga di kolej. Mula-mula tu saya cuma pandang dia dari jauh saja. Saya ada simpan perasaan, crush dekat dia.

“Lama-lama saya mulakan langkah dengan follow akaun Instagram dia. Dari situlah bibit perkenalan bermula… saya balas IG Story dia bertanya tentang keadaan neneknya masa tu tengah sakit.

“Perbualan kami jadi berpanjangan sampailah dia beritahu yang dia suka saya dari zaman orientasi kolej lagi. Kami pun mula berkenalan dan bercinta,” kata Fyda.

Namun, menurut Fyda, dia tidak menyangka suaminya dalam diam menyimpan ‘sesuatu’ sebelum mereka mengenali antara satu sama lain.

“Waktu mula-mula bercinta tu saya dan suami kerap bertukar cerita. Sampailah saya buka cerita fasal saya pernah ternampak kawan dia nama Ijat ambil botol air saya yang tertinggal di kelas.

“Lepas tu dia tanya botol air warna pink ke? Sebab saya dapat dari Adi (kawan Zaeim), Adi pula dapat dari Ijat. Saya pun terkejutlah dan minta dia hantar gambar botol air tersebut. Rupa-rupanya memang botol air tu saya punya.

“Memang kelakar dan tak sangka yang botol tu boleh dapat dekat dia sebab saya ingatkan dah tak ‘wujud’. Sebenarnya botol tu harta kesayangan sebab hadiah daripada kakak untuk masuk kolej. Pakai dalam satu semester saja lepas tu hilang!” ujar Fyda.

Kata Fyda, Ijat kemudian memberikannya kepada seorang lagi rakan, Adi, yang selepas itu meninggalkan botol pink itu di bilik Zaeim.

Zaeim tidak tahu bahawa botol yang dibiarkan berhabuk di bawah katil itu adalah miliknya dan dia juga ada membuat hantaran mengenai kisah ini di Twitter pada 2017.

Warganet tumpang gembira apabila mengetahui ‘insiden botol air’ membawa dua insan ini ke jenjang pelamin.

“Ramai yang ingat kami bercinta selepas kes jumpa botol tu tapi sebenarnya dah berkenalan dulu sebelum tu. Suami dapat tahu fasal botol tu lepas tiga bulan kami bercinta.

“Menurut suami, dia guna sekejap sahaja lepas tu dia simpan bawah katil sebab tu berhabuk teruk. Botol tu dah ada dengan dia sejak semester satu tahun 2016 lagi.

“Sekarang ni botol tu ada pada suami. Saya suruh dia simpan memandangkan botol tu dah lama sangat dengan dia,” ujar Fyda.

Ciapan yang tular di laman Twitter