Hari Ini Rekod Tertinggi 5,728 Kes Jangkitan Baru, 13 Kematian Dilaporkan

Penularan kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini kian membimbangkan apabila 5,728 kes positif dilaporkan hari ini menjadikan ia rekod tertinggi jangkitan virus itu dalam tempoh 24 jam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulutif kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 209,661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13 kes kematian direkodkan hari ini membabitkan 12 warganegara dan satu bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 746 kes.

“Seramai 319 pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 120 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, 3,805 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 161,527.