“Halal ke haram?” Cef Berserban Masak Siput Babi, Bekas Menteri Agama Tampil Jawab Persoalan Netizen

Sebagai seorang muslim, kita mempunyai garis panduan dalam ajaran islam dan salah satunya adalah tidak semua makanan boleh dimakan atas beberapa faktor tertentu seperti dari segi kebersihan dan kesihatan meskipun telah dicuci dengan betul. Bukan sahaja haiwan berbisa dan bertaring, haiwan dua alam turut dilarang untuk makan.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikatakan cef dari Abu Dhabi lengkap berjubah dan berserban membuat berkongsi sebuah video memasak dan makan siput babi nyata menimbulkan tanda tanya ramai terutamanya umat islam.

“Bro saya tertanya-tanya. Adakah ia (siput babi) halal (dimakan)?,” katanya dalam ciapan yang tular.

Dalam video yang dikongsi, cef tersebut membuat satu rakaman masakan yang dikenali sebagai ‘Siput bakal, cara Perancis’.


Oleh kerana ramai yang meragui status halal atau haram makanan tersebut, ada netizen bertanyakan soalan ini kepada bekas Menteri Agama Malaysia, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Persoalan itu mendapat perhatian apabila beliau tampil memberikan respons.

Menurutnya, bagi umat Islam yang mengikut Mazhab Syafie (seperti di Malaysia) ia adalah haram, tetapi siput sedut tak menjadi haram kerana ia haiwan satu alam.

“Saya pernah jawab sebelum ini di @maktabahab (akaun Twitter). Mazhab Syafie mengharamkan siput babi. Siput sedut halal kerana ia haiwan air, termasuk dalam firman Allah Surah al-Maidah ayat 96.”

“Saya beranggapan beliau mazhab Maliki,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen berterima kasih kepada DR Zul atas penerangan yang jelas itu sekaligus membantu ramai orang yang masih ragu-ragu tentang hukum halal haram sesuatu makanan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: