Hidap Penyakit SLE, Gadis Ini Luah Terharu Doktor & Misi Sambut Hari Kelahirannya Di Hospital

Hari ulang tahun kelahiran sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa buat setiap orang.

Pernahkah kita dengar tentang penyakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE)? Ia adalah suatu penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit ini tidak diketahui sehingga sekarang.
Iospital phone repair gombak
Menghidap pesakit SLE bukanlah satu perjalanan yang singkat dan mudah bahkan memerlukan sokongan dari ramai pihak.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pesakit SLE yang berusia 21 tahun dengan gelaran nama Nasuha QIstina Amirnuddin menceritakan bagaimana dia terharu melihat doktor dan misi datang menyambut hari kelahirannya di hospital mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat beberapa orang kaki tangan Hospital Selayang membawakan kek untuknya dan meraikannya bersama-sama.


“Terima kasih buat doktor kerana meraikan hari kelahiran saya. Tak tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yang sangat mencabar untuk saya,” ceritanya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat doktor-doktor yang tampil memberikan semangat kepada gadis itu.

“Suka hospital Selayang ni. Doktor dan misi dia memang baik-baik,”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak putus memberikan kata-kata positif padanya sekaligus akui sikap doktor di Hospital Selayang sangat baik.

Antara komen warga maya:

“Kalau macam ni.. semangat kita nak sihat.. sebab doktor2 hargai pt.. semoga awak cepat sihat”


“Respect staff hospital selayang dr & nurse..”

“Saya pernah praktikal hospital selayang lab.. serius nurse, doc, abang ambulans memang sangat baik”

“Semoga kuat menghadapi segala dugaan.. anda seorang yang kuat”

“Doktor dan nurse hospital selayang semua baik.. dua kali warded tak pernah lagi jumpa yang kasar dengan pesakit”


Video yang tular di laman TikTok:

@nasuha_qistinaTerima kasih buat Dr2 kerana meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. X tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yg sgt mencabar utk saya

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS