“Nasib tak lari” Pelik Palang Parkir Kejap Turun Naik Tapi Tiada Kereta, Rasa Seram Sejuk Tapi Sebenarnya…

Semua pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan cabarannya yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Misalnya, bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yakni sangat penting bagi memastikan kawasan sekeliling sentiasa berada dalam keadaan selamat dan jauh daripada bahaya.

Lazimnya, kita juga sering dengar akan pengalaman yang dikongsikan oleh pengawal-pengawal keselamatan ini terutamanya berkenaan dengan hal-hal mistik dan paranormal.

Siapa sahaja tak cuak bukan bila bercerita mengenai kisah paranormal ini, apatah lagi apabila terpaksa berhadapan pula dengan mereka?

Baru-baru ini, suatu rakaman video telah tular yang memaparkan seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di kawasan parkir seakan terkejut apabila palang masuk kenderaan itu ‘turun naik’ berulang kali secara tiba-tiba walhal tiada kenderaan pun yang lalu disitu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @vaniccoella, pengawal keselamatan itu tertoleh-toleh ke arah palang itu seakan tertanya-tanya apakah yang ada di situ sehinggakan palang itu mampu bergerak dengan sendirinya.

Sebenarnya, perakam itu sudah pun berdiri di belakangnya sambil mengawal palang tersebut dengan menggunakan kunci kawalan.

Apa yang membuatkan orang ramai tertawa melihat video ini adalah dia hanya sedar dia ‘diusik’ oleh Vanicoella setelah melihat palang itu turun naik beberapa kali sehingga dia berasa hairan melihat kejadian itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah berjaya meraih sebanyak 465.1K tontonan, 28.1K tanda suka dan 270 komen di platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihat kejadian tersebut dan menyatakan bahawa suaranya seperti Uncle Muthu yang merupakan salah seorang karakter dalam cerita animasi popular Upin & Ipin.

Antara komen netizen:

“dah jdi suara uncle mutu hahaha”

“cer buat macam tu kul 12 tengah malam dan ke atas,mau berderau nyawa member tu dibuatnya ”


“member dah cuak dah tu apo hantu siang² limpas nie hahahah”

“Patut buat memalam bang. Kasi mata segar sikit ”

Video TikTok yang tular:

@vaniccoella Bosan kat tempat keje cmni la #fypdongggggggg ♬ original sound – ℛ ᥫ᭡