[VIDEO] “Makan kat Kelantan memang heaven!” Nasi Kerabu 6 Jenis Lauk Tak Sampai RM10

Setiap negeri mempunyai keunikan masing-masing, tidak dinafikan negeri di Pantai Timur mempunyai keunikan dengan kepelbagaian makanan terutama di Kelantan.

Katakan apa sahaja makanannya pasti sedap dan menyelerakan. Bagi orang asing yang datang dari perantauan pasti akan jatuh cinta pada negeri ini.

Kelantan sinonim dengan Nasi Kerabu, ia merupakan menu wajib yang perlu anda cuba jika berkunjung ke negeri itu.

Mana nak dapat nasi kerabu sedap dan murah seperti Kelantan

Kini kita lebih mudah untuk mendapatkan makanan tersebut dimana saja lebih-lebih lagi menerusi pesanan dalam atas talian seperti GrabFood atau Foodpanda.

Walaubagaimanapun, ia tetap tidak setanding dengan apa yang anda jangkakan kerana di Kelantan anda boleh mendapatkan makanan dengan harga yang murah.

Beli nasi kerabu dengan 6 jenis lauk bawah RM10

Terbaru, seorang lelaki telah berkongsi video ketika dia berada di salah sebuah gerai di tepi jalan yang berlokasi di Kelantan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, pelbagai lauk yang boleh dipilih oleh pelanggan dengan ahrga yang murah

Video tersebut memaparkan beliau sedang membeli nasi kerabu dan memilih enam jenis lauk yang berbeza.

Penuh lauk sampai nasi tak boleh nak ikat

Anatara lauk yang dipilih oleh lelaki itu adalah ayam, daging bakar, ikan goreng tepung, solok lada, telur masin dan juga jeruk bawang.

Namun apa yang mengejutkan netizen apabila nilai sebungkus nasi kerabu beserta 6 jenis lauk yang dibelinya hanya bernilai RM 9.90.

Duduk Kelantan memang syurga makanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggar makanan itu yang ambil oleh lelaki berkenaan melebihi RM10 ringgit.

Mereka turut terkejut lelaki berkenaan mendapat harga makanan dengan harga yang murah dan mula membandingkan harga yang pernah mereka beli.

Para netizen masing-masing memberi pendapat dan membandingkan harga sekiranya memberi secara atas talian.

Selain itu, ada yang berpendapat tinggal di Kelantan memang menguntungkan, “Duduk kelantan memang heaven”.

Harga kat Terengganu lauk penuh 10 ringgit lebih

“Serious laa dekat Terengganu nasi kerabu lauk full macam 10 ringgit lebih. Kenapa i beli lauk full sekali dgn solok lada telir itik dgn ayam 2 ketul baru 5 ringgit lebih.”

“Solok lada, ikan goreng tepung, telur masin separuh, daging, ayam madu lagi?! Hmm kalau shah alam ni ade la mungkin dalam RM30++ belum masuk delivery lagi hahahaha.”

Terkejut bila nak bayar sebab murah sangat

“Murah lah tu.. Ayam.. Daging Bakar. Ikan masak tepung dan lain-lain. Kalau sapa sekali sekala gi kelate memang terkejut bila nak byr. Sebab dah biasa makan mahal di KL.”

“Saya pernah famili mentua makan kat Pasir Mas. Terkejut mereka bila dpt tau harga makanan.”

Ini sebabnya kenapa aku suka Kelantan

“The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10”