Hadiah Hari Lahir ke-54, Ibu Neelofa Terima Kereta Mewah BMW Dari Suami

Ibu kepada selebriti terkenal dan juga usahawan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed telah berkongsi momen-momen ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-54 bersama suami tercinta.

“Alhamdullilah semalam semakin bertambah usia saya , terima kasih banyak atas ucapan dan hadiah yang diberi.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

“Tapi antara perkara terbaik adalah saya mendapat banyak ucapan dan doa untuk saya. Amiin Allahumma Amiin.

“Satu satu doa saya baca dan maaf jika ada tidak sempat reply tapi saya ucapkan jutaan terima kasih banyak kepada semua.

“Semakin bertambah usia dan semakin bertambah kasih sayang dari suami, anak anak dan semua, Syukur hanya saya mampu panjatkan kepada Allah SWT.

“Terima kasih pada yang meraikan hari lahir saya. Semoga saya terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk saya bantu orang lain juga.

“Salam Sayang buat semua.”

Menerusi perkongsian terbaru, Kartini memuat naik beberapa keping foto pemberian hadiah sebuah kereta mewah BMW dari suaminya untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram.

“Alhamdulillah syukur, kasih sayang dari zat kekuasaanmu Ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yang berdamping denganku.

“Alhamdulillah Ya Allah, hari ini menerima kejutan daripada suamiku tercinta.. yang terharu bukan kejutan atau hadiah tetapi usahanya yang membuatku cukup terharu. Love you sayang, kaulah sinar hidupku, kebahagiaanku,” tulis Kartini menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on


Malah, lebih istimewa lagi apabila suaminya, Datuk Abdul Halim Khan turut menempah nombor plat KY1 untuk kereta mewah BMW putih tersebut.

Pasangan itu turut meraikan sesi tersebut bersama sebuah kek serta hiasan belon.

Hasil tinjauan YOY Network di ruangan komen, rata-rata para pengikut sangat teruja melihat hadiah yang diterima oleh Kartini.

“Bertuahnya badan kak Tini,” tulis pelakon Zarina Zainuddin.

“Alhamdulillah, happy kita tengok kakak kita happy,” komen adik Kartini.

“Doakan saya dapat suami mithali macam mama Kartini,” kata seorang wargamaya.

“Happy birthday aunty! Tahniah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan yang menyayangi dan disayangi,” ujar seorang wargamaya.

“KY1 tu mesti Kartini Yang 2, so sweet!” usik seorang wargamaya lagi.

Datin Noor Kartini merupakan antara pemilik perniagaan Naelofar Hijab yang diusahakannya bersama keluarga, dan anak-anak.

Malah, Kartini turut mengasaskan produk Young & Glow Foundation.

Di antara anak-anaknya yang dikenali umum termasuk pengacara dan pelakon Neelofa, Ameera Khan, Athisha Khan dan juga Noor Nabila.