[VIDEO] “Sewa bulanan akan ditanggung pihak kami” Sinar Baru Buat To’ki, Terima Bantuan Rumah Sewa Yang Selesa

Sebelum ini telah tular cerita mengenai seorang artis veteran, Mohd Zaki Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai To’ki mengenai keperitan hidupnya bersama isteri.

Kisah To’ki dan pondok usangnya dapat perhatian ramai

Kisah ini turut mendapat perhatian ramai apabila beliau bersama isterinya menetap dalam sebuah pondok usang di dalam hutan di Gombak.

Kisah penyanyi veteran ini turut mengejutkan itu turut sampai ke pengetahuan pihak berwajib seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ebit Lew turut turun padang bertemu To’ki

Sementara itu, pendakwah yang terkenal dengan slogan Saudaraku, Di Sebalik Ujian Ada Rahmat,  iaitu Ustaz Ebit Lew turut turun padang menyantuninya.

Atas kelayakan dan ihsan manusiawi, To’ki bakal diberikan rumah baharu oleh pihak PPZ MAIWP, serta bantuan-bantuan lain yang bersinambungan oleh LZS dan Ustaz Ebit Lew.

Pusat Pungutan Zakat serahkan kunci rumah kepada To’ki

Menerusi kenyataan PPZ MAIWP di halaman Facebook, pihaknya diketuai ketua pegawai eksekutif, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci rumah kepada insan berkenaan pada semalam.

To’ki dapat kunci kediaman yang lebih selesa

“Alhamdulillah, hari ini Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci kediaman yang lebih selesa kepada To’ki atau nama sebenar beliau, Mohd Zaki Mansur, 53 tahun seperti yang dijanjikan dalam pertemuan yang lalu”.

“Sejurus mendapat perkhabaran berita dari pihak media minggu lepas, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah mengambil langkah pantas untuk tampil membantu To’ki dan juga isterinya , Puan Fairuz yang kurang sihat akibat kemalangan jalan raya”.

Bantuan peralatan rumah dan kewangan turut diberikan

“Pihak PPZ-MAIWP telah menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti pembayaran rumah sewa, peralatan asas rumah, komputer riba dan juga bantuan kewangan”.

“Diharapkan bantuan yang telah diserahkan oleh PPZ-MAIWP dapat membantu kebangkitan perjalanan hidup beliau ke tahap yang lebih baik dan memberikan sinar baharu kepada To’ki untuk terus berkarya dan berjaya dalam kehidupan”.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tlnggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu rlsau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangankan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Moga program ini dapat banti lebih ramai golongan kurang kemampuan

“PPZ-MAIWP akan terus menggerakkan pelbagai jenis program tanggungjawab sosial (CSR) yang dijenamakan sebagai Khaira PPZ”.

“Semoga program CSR yang dijalankan dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang kurang berkemampuan”.

Semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaat dengan baik dan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada To’ki dan isteri.