Meski Dalam Pantang, Ardell Aryana Gigih Hantar Suami Pergi Kerja

Pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 5 Jun 2020.

Pasangan ini turut berkongsi foto anak mereka bersama pengikut di Instagram. Cahaya mata sulung mereka bernama Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa.

Dalam berpantang, Ardell masih hantar suami bekerja

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Nadzmi Adhwa, pelakon itu berkongsi momen indah bersama family kecilnya.

Walaupun masih dalam proses berpantang, pelakon Ardell Aryana mengambil masa untuk menghantar suaminya Nadzmi Adhwa bekerja.

Difahamkan, Nadzmi Adhwa akan ke Perlis untuk menjalani penggambaraan dan meninggalkan mereka berdua buat sementara waktu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Dah boleh bawak kereta ke tu-Netizen

Perkara tersebut dikongsi Nadzmi di laman Instagram dimana telah mula merindui isteri dan cahaya mata pertamanya yang terpaksa berjauhan selama 17 hari.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan komen semangat buat mereka berdua.

Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 1 September 2019, Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijab kabulkan di kediamannya.