“Habis sayur mama kat peti sejuk” Kanak2 Perempuan Menangis Tolak Gula2 Rupanya Sebab Nak Makan Sayur!

Anak kecil selalunya gemar makan gula-gula, makanan ringan seperti keropok, fast food dan macam-macam lagi sampai kadang-kadang pening kepala ibu bapa dibuatnya.

Iospital phone repair gombak

Mana tidaknya, makan sebegitu kan tidak baik untuk tumbesaran anak-anak. Pun begitu, sukar bagi ibu bapa mengawal pemakanan si cilik ini kerana ada kalanya mereka meragam akibat kehendak mereka gagal dituruti.

Lebih kurang sama kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok namun kali ini sedikit berbeza kerana anaknya menangis bukan disebabkan gula-gula tetapi sayur!

Menurut Elly Yana, anaknya itu menangis apabila disua gula-gula, malah sempat menolehkan kepalanya tanda merajuk. Rupa-rupanya si cilik itu mahukan sayur dari peti sejuk.

“Habis sayur mama kat peti sejuk..nak masak pun kadang kena sembunyikan sebab anak dua-dua suka makan sayur.. nanti tak boleh nak masak buat lauk” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih menarik perhatian, selepas puterinya dihulurkan sayur, dia terus senyap dan menikmati sayur itu dengan sepenuh hati.

Secara logiknya, memang jarang anak kecil ingin memakan sayur hijau. Lagi-lagi yang belum dimasak dan berasa pahit. Namun tidak untuk si kecil ini.

Menjengah ke ruangan komen, rakaman itu menerima banyak pujian oleh netizen kerana menurut mereka ia sesuatu yang unik memandangkan tidak ramai anak kecil gemar makan sayur.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Sayur ni ada rasa manis semulajadi, mmg sedap ratah. Good job adik!!”

“macam ni mak kena pesan.. “kalau ade orang bagi sayur kat luar pagar sekolah, jgn ikut naik kereta tau…””


“tak banyak budak suka mkn sayur, bagus2 makan sayur👍”

“mcm xleh percaya je 😂😂😂😂. dik, jgn nak gula gulakan saya dgn sayur ye 😂😂😂😂😂”

“bagusnya adik bradik nie. bagus mkn sayur. membesar dgn sihat tau”

Video yang tular di laman TikTok

@ellyyana23 Habis sayur mama kt peti sejuk..nk msk pn kadang kena senbunyikan sbb anak dua2 suka makan sayur..nant xblh nk masak buat lauk😆😅 #fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music