Kakak Adik Senyap2 Buat ‘Parti Salji’ Satu Rumah, Ibu Tak Jadi Marah Walaupun Habis 9Kg Tepung

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak sedang membesar pasti faham akan situasi lucu, nak marah dan macam-macam lagi ketika melayan kerena mereka ini.

Iospital phone repair gombak

Biasalah ragam si cilik nak explore. Ada saja akal yang nak dibuatnya tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka nanti.

Persis video berbaur lucu yang tular baru-baru ini di TikTok, memaparkan dua adik beradik bertukar menjadi putih selepas ‘berlumuran’ dengan tepung!

Menurut pemilik video, @zatyaf yang juga ibu kepada kakak dan adik ini, dia terkejut melihat rupa anak-anak sehingga terbantut hasrat nak marah.

Wanita itu bagaimanapun terdengar kesal atas perbuatan anaknya yang bermain tepung sehingga habis berselerak satu rumah!

“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya

“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.

Curiga ingin tahu mengapa anaknya bertindak demikian, ibu berkenaan lalu bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.

“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.

“Sayang mama,” jawab si kecil sambil memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.

Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.

“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur malah berseloroh. Selain meminta agar si ibu sabar melayan kerenah anak-anaknya, mereka juga faham akan situasi berhadapan dengan si cilik sedang membesar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen

“Ayah buat² marah hujung video sb dia tau dia yg akan kena lg teruk 😂”

“hurmm kalau aku gini dh x mampu nk bercakap, aku nangis je meraung 😭😭😭”


“Takpe kak , nanti jadi topik borak time raya 😁”

“dia punya “syg mama” tu tak bersalah betul..bertuah budak nie…😂”

“Allahu sabarlah.. maknya sabar ya.. i dulu anak tuang half paket pun suara jerit setaman”

Video yang tular di laman TikTok

@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu♬ bunyi asal – Aisy@Aniq

@zatyafKesudahan Part 2… 2 2 dah insaf dan janji tak ulangi lagi… mama papa syg kakak dan adik tau♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays