‘Tuan rumah kan dah bayar?’ Tetamu Degil Nak Bungkus Makanan Kenduri Siap Bawak Tupperware

Budaya menjemput jiran atau kenalan ke majlis perkahwinan sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita.

Selain memeriahkan majlis yang berlangsung, tuan rumah juga sama-sama berkongsi rezeki apabila tetamu yang hadir dapat menikmati juadah yang telah disediakan oleh mereka.

Akan tetapi, budaya membungkus atau tapau makanan di majlis perkahwinan dilihat semakin menjadi-jadi. Bagaikan tiada sebarang rasa malu dan tidak memikirkan tetamu lain yang masih belum menjamu selera.

Satu perkongsian di laman Tiktok, tindakan seorang tetamu di sebuah majlis perkahwinan yang berdegil mahu membungkus makanan, walaupun majlis belum lagi bermula, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Majlis belum mula ada tetamu nak bungkus makanan

Perkara sedemikian tidak sepatutya berlaku kerana ia boleh membuatkan sesetengah majlis tidak mempunyai makanan yang mecukupi untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.

Menerusi video yang telah tular di laman TikTok, difahamkan seorang tetamu wanita berkeras mahu membungkus makanan yang ada akan tetapi dia tidak dibenarkan berbuat sedemikian.

Time tengah record video lauk pengantin, tiba-tiba dengar kecoh-kecoh pasal ni.

“Dah makan, nak bungkus pulak. Sudahlah kenduri ini menggunakan katering. Majlis belum start, baru pukul 10.30 pagi masa ni.”

“Tetamu yang mintak tapau dengan budak-budak katering ni, sama-sama tak nak kalah. Korang rasa bila nak habis culture tapau lauk kenduri ni?”

Perbualan diantara tetamu dan pekerja katering

Tetamu: “Diorang (tuan rumah) kan dah bayar, takkan satu ke dua bungkus lauk pun tak boleh tapau.”

Pekerja Katering: Tak boleh cik, kalau akhir-akhir tu boleh la kita bagi bungkus

Tetamu: “Kalau macam ni, saya nak juga!”

Pekerja Katering: “Okay takpe, kita borak dengan manager. Kitorang tak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Manager kitorang pun tak ada cakap apa-apa. Kitorang tak boleh nak buat sesuka hati.”

Tetamu: “Saya nak satu dua jenis lauk je.”

 

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan pendapat mereka mengenai tindakan tetamu tersebut yang dikatakan tidak sewajarnya berbuat sedemikian.

Antara komen-komen dari netizen :

“setahu aku, tapau lauk kenduri ni cuma valid lepas dah habis majlis.. ni majlis belum start, dah minta tapau 😂”

Video yang tular di laman TikTok :

@wan_takaful Korang !!! Saya ada jumpa 1 port #cake & #dessert yang best kat #senawang 😍😍😍 Korang kene try !!! ❤️🫰🏻 #foodie #foodies #foodietiktok #kedaikekviral #kedaikekseremban #seremban #fypシ ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru