Gara-Gara Terbiasa Bawa Manual, Gadis Ini Selamba Guna 2 Kaki Pada Pedal Kereta Auto!

Seperti yang kita tahu, ada dua jenis kereta yang boleh dipandu iaitu sama ada manual ataupun automatik.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan terdapat 3 jenis pedal iaitu pedal ‘clutch’, brek dan minyak.

Bagi mereka yang sudah biasa dan mahir memandu kereta manual, kaki pemandu kebiasaannya diletakkan pada 2 pedal iaitu pedal clutch dan juga minyak bagi mengawal pemanduan mereka.

Begitulah nasib seorang wanita yang berkongsikan rasa gerunnya apabila rakannya itu meletakkan kedua-dua kakinya pada 2 pedal kereta jenis automatik yang sedang dipandunya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @tashafiyya itu, dapat dilihat wanita itu meluahkan rasa cemas apabila rakannya itu dengan selamba sahaja meletakkan kedua-dua kakinya pada pedal brek dan minyak kerana ianya dianggap berbahaya olehnya.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 297.7K tontonan, 9517 tanda suka, dan 365 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai situasi tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang merasai perkara yang sama dengan gadis yang tular itu.

Antara komen netizen:

“Bg sy dah telrbiasa bwk 2 kaki x da mslh pun..sbb lg bahaya klau tiba2 pakai satu kaki..rasa mcm trsangkut kasut dkt pedal..so far 5 tahun drive ok ja”

“blajaq bawa manual ttba kna naik qeta auto hahahah jd mcm ni la..sya bljaq mnual bwa auto lipat kaki kiri naik atas trus😂tkut trcari cluth😂😂”


“Saya pon bawa 2 kaki. Kalau 1 kaki bila nak brake mesti mengejut, tekan minyak pon kereta mcm terlaju 😅 dah cuba banyak kali tetap tak boleh 😩”

“weihhh aku bawak dua kaki kot 😭😭 sbb time bljr naik keta manual 😂😂 tapi setakat ni yg naik dgn aku okey ja 😂😂”

“dulu awal² drive auto,guna 2 kaki.sekali nk tekan brek,tertekan minyak.nasib tk kojol.lepas dr tu,auto reti drive guna 1 kaki.insoffff 😂”

Video TikTok yang tular:

@tashafiyya #fypdongggggggg #berandagaknih #fypdongggggggg ♬ original sound – tashafiyya