“Tinggi sangat confident dia” ‘Order’ Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Majlis, Sekali Lain Pula Sampai Buat Ramai Berdekah!

Siapa sahaja yang tidak mahu majlis pada hari bahagia mereka berjalan dengan lancar dan sempurna bukan?

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan segala persiapan yang dilakukan bukanlah mudah dan sudah tentu ianya memakan kos untuk menjadikan sesebuah majlis itu dijalankan dengan baik persis seperti apa yang dimahukan oleh pihak pengantin.

Oleh itu, pihak yang menguruskan segala tempahan hendaklah sentiasa berhati-hati kerana masih wujud lagi peniaga yang tidak jujur dalam perniagaan mereka.

Begitulah kisah yang tular di laman TikTok mengenai hiasan pulut kuning yang ‘lain betul’ rupanya dengan apa yang diminta telah menarik perhatian warga netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nicksue itu, difahamkan dia tidak sempat memikirkan hiasan pulut kuning yang bakal disajikan di majlis tersebut.

Lantas, dia terus mencari seseorang yang dikatakan mahir dalam menghias pulut kuning.

Difahamkan, hiasan yang diminta oleh nicksue berupa angsa bersama sedikit bunga di sekeliling pulut berkenaan.

Namun begitu, alangkah terkejutnya apabila tibanya hari majlis, dia melihat pulut yang tiba di tangannya jauh berbeza daripada apa yang diminta olehnya sebelum ini.

“Minta angsa tapi yang dapat dinosaur,” luahnya dengan nada geram.

Bukan setakat angsanya sahaja yang lain bentuk, malah hiasan di sekeliling pulut itu turut kelihatan bersepah dan comot dengan taburan cendawan dan tomato secara ‘random’.

Apa yang lebih mengejutkan, dia telah dikenakan bayaran sebanyak RM 150 untuk ‘pulut dinosaur’ itu.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa terhibur melihat rupa angsa yang dibuat oleh penghias pulut kuning itu.

Ada yang simpati dengan nasibnya, akan tetapi ianya cukup menghiburkan buat mereka.

Antara komen netizen:

“Angsa darkweb..dapat refund tak?hadoi kalau sy hangin ni,gn cndawan cucuk2 cmtu hahaha”


“Ya Allah… berair mata gelak.. jauh nau larinya 🤣🤣🤣🤣”

“org mintak angsa dk bercinta elok je , alih2 dy bg angsa dh bergaduh😌”

Video TikTok yang tular:

@nicksue Minta angsa tapi yg dapat dinosaur😭 #tragedi9september #viral #fyp #fypsounds ♬ suara asli – Nukin – oficiall elma skin