“Weh boleh teleport!” Kucing Hitam Melintas Dalam Kaca TV, Sekali Tiba-Tiba ‘Ghaib’ Buat Ramai Tertanya-Tanya

Seperti yang kita tahu, kucing hitam ini sering disinonimkan dengan pelbagai kisah-kisah mistik dan seram sehinggakan ada yang takut untuk membela kucing yang berwarna hitam ini.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, ketahuilah bahawa kucing hitam ini sebenarnya sama sahaja seperti kucing-kucing lain.

Baru-baru ini, aksi seekor kucing hitam di kaca televisyen telah meraih perhatian orang ramai sehingga membuatkan ramai orang tertanya-tanya.

Menerusi potongan video daripada sebuah rancangan tv yang dimuat naik oleh @izzahizham di laman TikTok, kelihatan seorang wanita berjubah dan berkaca mata sedang diwawancara sambil memberikan jawapannya di kaca televisyen.

Kelihatan seekor kucing hitam selamba sahaja melintas di belakang wanita itu.

Namun apa yang paling mengejutkan orang ramai adalah apabila kucing hitam yang melintas itu tiba-tiba semakin pudar lalu ghaib pula secara tiba-tiba!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telkah meraih sebanyak 2M tontonan, 242.4K tanda suka, dan 5011 komen di laman platform sosial berkenaan.

Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya tertanya-tanya akan ke manakah si kucing hitam itu ‘teleport’ dengan badannya yang semakij pudar lalu terus hilang daripada skrin.

Ada juga yang terhibur melihat situasi itu dan berseloroh mengenainya.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa bahawa kejadian ghaib kucing hitam itu mungkin disebabkan oleh proses suntingan secara teknikal yang dilakukan dengan tidak sengaja.

Antara komen netizen:

“wehh kucing pon bole teleport ehh😭”


“ahahaa .. ingat sy n anak2 je perasan… masa tengok tu.. anak2 terkejut… dorang ckp, wei kucing hilanggg…😅”

“Nie lah doraemon masa depan.. Tak pakai pintu kemana sahaja, tapi teleport😂😂”

“tu dia bhgian edit tu.. ada transform pnye effect mcm cut scene.. so dia buh fade out atau fade in”

“tw dak kucing tu tgh dok cari pot nk melepas hahaha sbb tu die edit jd fade nk censored part melabur tu”

Video TikTok yang tular:

@izzahizham

weh aunty ashikhinnn, kucing aunty tu ghaib wehhh

♬ original sound – izzahizham