“Pakej sekali beletiaq” Petah Cakap Dengan ‘Slang’ Loghat Utara, Telatah Anak Kecil Ini Buat Ramai Geli Hati!

Siapa sahaja yang tak geram apabila melihat kanak-kanak yang penuh telatah dan gelagat comel mereka bukan?

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Keisha Nur Soffiya yang petah bercakap dengan loghat utara telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @lokbau2 itu, kelihatan Keisha sedang menunjukkan sebatang pokok yang dikatakan pokok peluru meriam.

“Ni pokok dia keraih (keras) macam kayu tu..” katanya sambil tangan kecilnya itu mengetuk buah yang tergantung pada pokok tersebut.

Keisha sempat lagi mencium bau bunga pokok tersebut dan memberitahu orang ramai betapa wanginya bunga berkenaan.

“Pokok peluru meriam, adik suka bau bunga dia..wangi ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Selain adik ini petah berkata-kata, gelagat Keisha ketika menyanyi turut menjadi tumpuan warga maya.

Difahamkan, Keisha yang berasal dari Perlis ini juga mahir berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Menerusi video lain yang dimuat naik di platform tersebut, kelihatan anak kecil ini menyanyi dengan rancaknya lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah yang pernah didendangkan oleh penyanyi tempatan Ella.

Dapat dilihat Keisha menyanyi dengan sepenuh hati bersama ibunya di sisi sewaktu sedang melakukan ‘live’ TikTok berdua.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video Keisha mengenai pokok peluru meriam itu telah mencecah sebanyak 1.6M tontonan, 100.8K tanda suka, dan 3519 komen.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya terhibur melihat gelagat anak kecil ini.

Antara komen netizen:

“keras macam kayu,rebus tak empuk..larang tak dengar..kata tak reti..pantang lepa nk wish slamat hari ibu,suruh basuh pinggan hentak2 kaki😂😂”

“trima kasih adikk.. bagitau nama pokok pluru meriam nihh.. pkcik tk pernah tengokk.. makasih nahh 😍”


“Loksau sora rock laa..nanti mai umah Teh lg..kita kait buah tu😂”

Video TikTok yang tular:

@lokbau2 pokok peluru meriam,adik suka bau bunga dia..wangi ya Allah #mana2bismillah ♬ original sound – Lokbau&Loksau

@lokbau2 Replying to @Mr Neoh"s adik xpandai nyanyi😂🤣🤭🤭 #mana2bismillah ♬ original sound – Lokbau&Loksau