Gara-Gara Jatuh Katil, Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Budak Ini Buat Netizen Seriau

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Pun begitu, menjaga budak kecil yang masih dalam fasa membesar ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada waktu ini mereka sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam tersendiri.

Malah, kita perlu memberi perhatian yang lebih kerana takut akan perkara yang tidak diingini berlaku kerana fitrah anak kecil dia masih tidak mampu menilai baik buruk sesuatu perkara dan melakukan semua mengikut kemahuan diri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak terjatuh katil sehingga berus gigi yang dipegang terbenam dalam isi pipi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @finaarif, pada awalnya ibu kepada budak kecil ini menyangkakan tangan anaknya itu patah ekoran terjatuh daripada katil namun rupanya benda lainpula yang berlaku.

“Tragedi paling seram, mama ingatkan jatuh katil patah tangan.. Alhamdulillah.. tangan tak patah, rupanya beru gigi dah terbenam dalam isi pipi kiri masa jatuh tu..nasib baik tak tembus ataukena tekak” katanya.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 pagi dan dikatakan dia telah pun membawa anaknya itu ke klinik namun doktor akui takut nak pegang dan meminta wanita itu segara membawa anaknya ke hospital.

Walaupun ianya kelihatan teruk namun siapa sangka anaknya masih ‘steady’ seolah-olah tidak sakit cuma hanya berasa lapar kerana diminta untuk berpuasa.

“lepas 8 jam beliau masih cool macam tak sakit je dia.. tapi kesian kelaparan kena puasa.. lapar sampai tertidur”

Video yang tular di laman TikTok:

@finaarif Reply to @kakyan86 harap2 ini yang paling teruk #cukuplah #emirohemir ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan, 63.2K tanda suka, 3186 komen dan 5827 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘takut’ melihat seram melihat kejadian itu dan berharap agar ibu diluar sana lebih memantau anak-anak dalam apa jua keadaan sekai pun.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dimana anak mulut anak mereka tertusuk benda tajam sewaktu terjatuh.

Berikut merupakan komen warga maya: