Askar ‘Landing’ Atas Bumbung Rumah, Komen Netizen Jadi Perhatian Ramai

Menjadi seorang perwira negara ukanlah satu perkara yang mudah malah pelbagai latihan dan ujian yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin menjadi seorang perajurit.

Namun, demi mempertahankan negara tercinta, meeka sanggup melakukan apa sahaja sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang anggota askar yang dilihat mendarat di bumbung sebuah rumah ini mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @vex7069, kelihatan seorang anggota askar yang berdiri di atas bumbung rumah itu dengan payung terjun yang dibawanya.

Difahamkan, mungkin dia sedang melakukan latihan dan mendarat di tempat yang tersasar dari lokasi asal malah perkara seperti ini amat sukar untuk dilihat dan ianya sangat mengejutkan beberapa orang penduduk di situ.

Kejadian tersebut disedari oleh jiran-jiran di sekeliling memandangkan bunyi penggera di rumah itu yang berbunyi.

Video yang tular di laman TikTok:

@vex7069bertabah la bro.. alhamdulilah selamat

♬ original sound – MALAYSIAN MOTORCADE

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 1.2M tontonan, 73.8K tanda suka, 1834 komen dan perkongsian

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa lega apabila anggota askar itu dilihat berada dalam keadaan yang selamat.

Bukan itu sahaja, malah para netizenjuga terhibur melihat perkara tersebut kerana sepatutnya mereka akan mendarat di kawasan lapang seperti di padang dan lain-lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Dah macam crash landing on you.”

“Anak mak cik tu mesti kata mak suami dari langit dah sampai.”

“Mak cakap, kau ingat jodoh turun dari langit ke? Ye mak, dari langit tu dah turun.”

“Ingat ada yang merajuk tidur atas bumbung.”