Gara-gara Ada Ogy Ahmad Daud, Episod Pertama Ironi Kasih Buat Netizen ‘Panas’

Sejak daripada isu bantuan khas untuk penggiat seni, ramai netizen mempunyai persepsi negatif terhadap industri hiburan dan artis Malaysia. Malah, terdapat beberapa artis juga turut diboikot oleh netizen berikutan isu panas berkenaan maklum balas yang diterima Zarina Anjoulie berkaitan yang dibuat berkenaan isu bantuan khas itu. Drama Melayu dah kena boikot? Terkini, drama baru terbitas [...]

Beberapa minggu lepas heboh diperkatakan tentang uisu bantuan khas penggiat seni yang telah membuka ruang benci antara netizen dan artis.

Kesan daripada itu, ramai netizen mempunyai persepsi negatif terhadap industri hiburan dan artis Malaysia.

Lebih mengeruhkan keadaan, terdapat beberapa artis juga turut diboikot oleh netizen berikutan isu panas berkenaan maklum balas yang diterima Zarina Anjoulie berkaitan yang dibuat berkenaan isu bantuan khas itu.

Terbaru, drama terbitan TV3 pula dikatakan menjadi mangsa apabila rata-rata netizen mula melemparkan pelbagai kritikan berkenaan drama tersebut kerana seorang pelakon.

Netizen dikatakan bertambah emosi apabila mendapat tahu salah seorang artis yang diboikot iaitu Fauziah Ahmad Daud juga turut berlakon dalam drama tersebut.

Sehingga kini, api kemarahan netizen masih belum reda lagi lantaran daripada intipati mesej di telegram yang didedahkan oleh Zarina Anjoulie atau Anju di IG.

Menerusi perkongsian oleh Facebook Makcik Bawang, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka dengan komen yang pernah dikeluarkan oleh pelakon tersebut menerusi mesej telegram.

Saya boikot

Tak berminat drama artis Malaysia


IQ kami rendah

Sebelum ini Zarina Anjoulie mendedahkan ada kelompok artis yang berkomplot mahu menjatuhkan dirinya malah turut mewujudkan satu akaun Telegram khas dimana dia menjadi topik perbualan hangat di kalangan artis tersebut.

Turut memuat naik mesej berbualan artis-artis berkenaan, ada dikalangan mereka menghina netizen IQ rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung.

Bukan setakat itu, mereka menganggap diri mereka golongan cerdik pandai.

Ternyata pendedahan Zarina itu mengejutkan netizen yang mengatakan golongan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tiada apa-apa dan tidak mungkin mereka boleh mencipta nama di negara ini.