[FOTO] “Jgn diminta pujian menggunung” Komen Ali Puteh di Facebook Man Buat Netizen Bengang

Sedang kemelut di antara golongan penggiat seni dan netizen berterusan ekoran sumbangan pihak kerajaan kepada golongan susah, Man Raja Lawak tampil dengan memberi duit kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Keprihatinan Man telah mendapat perhatian ramai, sehingga hampir kesemua portal berita menceritakan tentang sumbangan beliau. Namun lain pula yang [...]

Dalam pada isu bantuan khas untuk artis menjadi bualan netizen, nampaknya Man Raja Lawak menjadi tauladan yang baik apabila tampil dengan memberi sebahagian wang kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Ternyata keprihatinan Man mendapat perhatian ramai sehingga hampir kesemua portal menceritakan tentang sumbangan beliau.

Walaubagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila anggota kumpulan Puteh sendiri, Ali telah menegur Man agar tidak menunjukkan kebaikan kepada khalayak.

Menerusi komen di Facebook, Ali telah meninggalkan komen berikut yang membuatkan netizen ‘panas’.

“Der…kalau kita nk buat baik..xnk ade sangkal dri org lain…buat keje dalam diam..jgn dihebah2kan..takot nnti JD bualan org..”

“Biar kite buat diam2..hanya Allah YG tau ape kite buat…jgn diminta pujian menggunung..biar kite buat dpt keredhaan Allah.. semoga dipermudahkan.”

Kata-kata tersebut telah membuatkan netizen menyelar tindakan Ali, sehingga mereka mula berbalas komen pada posting Facebook Man.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara Ali membalas komen.

“Sbb tu ak x suke dia..belangak mcm ganster dan perasan bagus..mcm bnyk jasa dlm negara ni.. tp cepat koyak,”


“Eh biasalah. Artis sendu takda job.”

“Ramai orang memuji selebriti luar negara yg menderma waktu kritikal ni. Bila selebriti tempatan menderma, kena keji pula. Ayoyo!”

“Semakin banyak dia berbunyi banyak pulak kebodohan dia keluar”

“sorry to say, kumpulan puteh takpernah lawak pun atas pentas ke belakang pentas ke kat mana mama ke. dan aku rasa hanya beberapa percent je manusia yg support kumpulan ni. kalau dah macam ni perangai dia, jangan tanya kenapa kalau kau jatuh teruk satu hari nanti.”